Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*favor*

Sy nak kongsi semula cerita tentang majlis sy hari tu. Menyentuh tentang favor yang pihak sy sediakan buat semua tetamu :)


1) Untuk tetamu biasa yang hadir - paper bag + ribbon sy tempah di OleOleManis. Mudah untuk berurusan dengan Nadya ;-) Di dalamnya sy letak muffin yang ditempah dari mak de dan jelly. Selain itu, kerepek bawang dan lollipop yang disponsor oleh Wafa juga diberikan buat tetamu. Bukan setakat kanak2, budak2 remaja pon turut menyerbu lollipop itu..huhu~


2) Untuk marhaban - paper bag bewarna silver (bersaiz lebar) yang dibeli sendiri. Di dalamnya sy letak Surah Yassin, bekas telur (seramik kaca) + telur, personalised chocolate bar yang ditempah di MarryMe dan kerepek bawang.


3) Untuk khatam Quran - paper bag bewarna silver (bersaiz panjang) yang dibeli sendiri. Di dalamnya sy letak buku kecil surah2 pilihan, bunga telur (putih) yang ditempah khas, personalised chocolate bar dan kerepek bawang.


4) Untuk kawan2 istimewa yang hadir :)

Bekas mengkuang itu sy beli sendiri. Ribbon hitam itu lebihan daripada tempahan di OleOleManis. Di dalamnya sy letak tetris glass yang ditempah di Kugeeku dan beberapa jenis coklat dan gula2.


5) Untuk rombongan pihak lelaki adalah paper bag hitam berkilat bersinar (wahhh! gitu) di bawah :)


Di dalamnya sy letak tin bunga2 matahari yang sy tempah di WeddingKarren, tetris glass + beberapa jenis coklat dan gula2, personalised chocolate bar, jelly dan kerepek bawang.


6) Akhir sekali, buat tenaga kerja yang telah banyak membantu - Sebagai penghargaan dan tanda terima kasih, sy sediakan beg bunjut (bewarna kuning) yang dibeli sendiri. Di dalamnya sy letak mug, kerepek bawang, personalised chocolate bar, dan muffin :) Tuala juga disediakan buat mereka.
.
.
.
.
.
.
p/s : Perkataan 'dibeli sendiri' itu bermaksud sy tidak menempahnya daripada mana2 pihak atau sy tidak membelinya secara online. Sy beli sendiri di kedai. Buat Anonymous harap anda tidak menyalahertikan maksud sy dan harap maklum ya :)

Nurul Farhana

*bunting pelamin*

Sekarang sy rasa sangat teruja..actually dah dapat agak sebelom wat test sebab period dah lewat seminggu..sepatutnya 20hb hari tu, sampai hari ni maseh blom kunjung tiba :,) Tadi tiba2 tergerak nak gi Guardian beli pregnancy test. Takdelah berharap sangat, sekadar mahu mencuba. Tak sangka plak positif ^_^ Inikah yang dinamakan bunting pelamin? huhu~ Esok sy mahu ke klinik untuk mengetahui berapa usia 'dia'. Agaknya dalam 2-3 minggu kot. Apa rahsianya? Takde rahsia apa2, yang penting pilih tarikh nikah yang sesuai gitu hihi..walaupun minggu pertama itu sangatlah 'sakit' :,)

Nurul Farhana

*hadiah buat suami*

Alhamdulillah.. ;-)
.
.
.
.
.
.
.
.
Hari Rabu ni (30hb) adalah harijadi suami, maka 'ini' adalah hadiah buat dia dan hadiah buat kami juga *wink*




Nurul Farhana

*precious*



Ini pelamin sy :) Simple je. Just nice *wink*




Ini pula keluarga sy :) Emak, abah, abang dan kakak ipar. Owhh..my lovely niece tengah tidur masa ni :,) Tema untuk keluarga sy adalah biru supaya nampak kontra bila bergambar bersama pengantin hihi~ Ok, di kesempatan ini sy ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih buat emak, abah, abang2 sy, kakak ipar sy dan tidak lupa juga buat Farisah Auni (my niece) yang turut berjaga bersama maksu hingga pukul 3.00 pagi. Tapi maksu kul5.45 pagi baru dapat lelap, then kul6.30 bangun, terus mandi, touch-up inai kemudian tunggu mak andam datang :,) See, i just slept for 45 minutes~ Owh, tidak lupa juga buat mak ngah dan kak ngah, mak teh dan mak tam sebab bekerja keras menjayakan majlis sy. I really appreciate that :,)



Ini pula my FIL & MIL ;-) My FIL kurang sihat sekarang. Semoga dia cepat sembuh :,)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
My official photos blom siap lagi. Once dah siap dan sy dah dapat softcopy nya, i'll upload the pix here okay ;-) Gambar2 di atas ni pon sy dapat dari sumber lain. Sebab tu baru sekarang sy dapat update. To Anonymous enjoy ya!! ^_^


Nurul Farhana

*Merry X-mas hoho!~*

Kadang2 ada sesetengah hamba Allah yang kurang menyenangi cara kita meluahkan kata2 di sini, di blog. Cara sy senang sahaja, jika kamu (hamba Allah) kurang menyenangi apa yang sy tulis, sila abaikan kewujudan blog sy ini kerana apa yang sy tulis sy tidak pernah nyatakan nama pihak yang berkenaan. Jadi secara tidak langsung ianya tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sy tidak pernah mempersoalkan tentang penulisaan blog mereka yang lain. Jadi mengapa harus kamu? Mungkin kamu mahu menegur sy tentang entry yang pernah sy publish di sini, tidak perlu. Perkara yang telah berlalu janganlah kamu mengungkit dan mencari salah. Lihat dahulu diri kamu. Adakah kamu begitu sempurna? Setiap entry yang sy tulis dan paparkan hanyalah perasaan pada ketika itu dan BUKAN pada ketika ini mahupun esok, lusa dan hari2 seterusnya. Esok, sy belum punya sesuatu untuk ditulis. Begitu juga lusa dan hari2 berikutnya. Mungkin sy bukanlah anak yang baik, sy mengakuinya. Tapi siapa kamu untuk menilai sy? Kamu bukan Tuhan dan yang paling penting kamu bukan EMAK atau ABAH sy :)



Sy emak & abah ;-)



Nurul Farhana

*harap maklum*

Ruangan komen hanya boleh ditulis oleh individu tertentu sahaja. Harap maklum. To Anonymous THANKS a lot for your sincere comment :) You know nothing about my wedding journey. By the way, THANKS for your helping.


Nurul Farhana

*wedding cake & cupcakes*





Cake dan cupcakes yang sangat simple atas pilihan sy sendiri. Ditempah dari sini :)


Nurul Farhana

*pengalaman*

Sekarang baru boleh tarik nafas lega sebab semuanya dah selesai dan berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa perkara yang tidak diingini berlaku. Tapi kita hanya mampu merancangkan? Dan terus terang sy katakan untuk menjayakannya tidaklah mampu untuk dilaksanakan sendirian. Itu adalah pengalaman sy. Sy rasa semuanya akan okay, namun bila tiba harinya ia tetap tidak menjadi seperti yang kita impikan :,)



Sy nak cerita cket tentang pengalaman menguruskan majlis pernikahan dan persandingan sy. Ianya tidaklah se'grand' mana atau semeriah mana. Ianya simple dan sederhana sahaja :)



Pengalaman sy sebelum majlis ketika berurusan dengan banyak pihak, bagi sy berurusan dengan pihak yang bukan sebangsa lebih mudah berbanding dengan kaum sebangsa. Kadang2 sy agak kecewa dengan hasil yang diberikan oleh kaum sebangsa sy. Agak kurang profesional. Tapi BUKAN semua macam tu :) Ada juga beberapa pihak yang memberikan khidmat bagus dan sy sangat berpuas hati.


Sebenarnya banyak peristiwa yang tidak disangka telah berlaku. Okay, yang


Pertama
Bunga pahar yang dijanjikan TIDAK SAMPAI ke tangan sy gara2 rosak katanya ketika hendak pos. 3 hari sebelom majlis, dia sms memberitahu masalah itu. Sangat sedih sebenarnya sebab bunga pahar tu telah sy tempah mengikut warna tema :,( Di saat akhir sy bergegas ke kedai menjual barangan pengantin untuk mencari bunga pahar.


Kedua
Warna kuning baju pengantin lelaki agak berbeza dengan warna kuning baju sy :,)


Ketiga
Sewaktu menyambut kedatangan pengantin lelaki, suasana sunyi sahaja. Langsung tiada paluan kompang. Abah boleh terlepas pandang :(


Keempat
Tiada renjis-merenjis sebab tiada seorang pon yang perasan bekas itu kosong! Padahal bunga rampai telah dibuat. Masing2 ingat dah ada orang yang isi. Tapi takpelah, itu semua adat sahaja kan? :,) *sedih*


Kelima
Ralat sebab semua goodie bag habes penyek :( Mulanya sy nak buat semua tu sendiri, tapi mak cakap takpe sebab ada saudara yang mahu membantu. Hasilnya..hmmm.. Sy hanya menguruskan goodie bag untuk pihak keluarga lelaki, khatam Quran dan marhaban.


Oh ya, bukan semua belian secara online itu bagus dan menepati citarasa kita. Jadi haruslah berhati2 dan survey dahulu sebelom membuat sebarang belian dan bayaran.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gambar nanti sy update ya sebab sekarang terpaksa update blog curi2. Malu suami baca T_T Sekarang dia tengah tidur :p




Nurul Farhana

*wedding pix*

















Thanks Shade ;-) Maaflah sy tidak begitu pandai ber'posing' dan tidak begitu fotogenik di dalam gambar :,)

Nurul Farhana


*akhirnya*

Selamat sudah :) Semuanya berjalan lancar dan sukses! Alhamdulillah..


Nurul Farhana

Tie the knot : 5th of December 2009

*88%*



Bilik sy yang dipenuhi goodies. Those are for pihak sebelah, khatam Quran team and marhaban team. Manakala, goodies untuk tetamu, isteri kepada sepupu emak sy dengan sukarela nya mahu membantu bersama dengan bala tenteranya (anak-anak beliau..maklumlah sekarang kan cuti sekolah *wink*). Terima kasih sangat-sangat! :,)

Ini pula antara gift untuk pihak sebelah. Tetris glass dari Kugeeku dan tin tu dari Weddingkarren.



Hantaran sy untuk dia yang sangat simple :)



Sy jumpa bebola silver ni masa last minute shopping. Sy suka maka sy terus beli :) Sy gantung ia di dalam bilik sy.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nanti sy update lagi ya! ;-) Untuk semua yang telah banyak memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepada sy, TERIMA KASIH sangat-sangat! :,) Saaaaaaaaaaaaaayang kamu semua *wink* ..daa..

Nurul Farhana

*5 days left*

Blog ini akan berehat untuk sementara waktu :)


Nurul Farhana

*kecewa*

Dah lama sy tak update blog sebab sy sangat sibuk + sy tengah stress sekarang ni T_T Serius stress! Semua benda sy terpaksa uruskan seorang. Sendiri. Even mak sy pon langsung tidak membantu menguruskan sebarang persiapan. Maaf itulah hakikat. Sehingga kini semua perbelanjaan sy yang tanggung. Setiap sen barang yang sy beli untuk persiapan majlis sy ini semua menggunakan duit sy sendiri. Emak abah tidak menghulurkan barang satu sen pon. Maaf sekali lagi. Tapi itulah hakikat. Beribu telah habis digunakan. Duit hantaran yang ada terpaksa disimpan sedikit untuk kegunaan selepas berkahwin.


Lagi menambahkan stress dan rasa terkilan sy adalah perihal baju nikah sy. Sy sangat terasa sekarang ni. Tadi ada emak saudara sy datang ke rumah untuk melihat persiapan yang sy lakukan. Bukannya hendak memberikan kata2 perangsang atau semangat, tapi secara tidak sedar dia telah membuatkan sy SANGAT berkecil hati. Dia menegur tentang baju nikah sy, katanya sebiji seperti dalam program Tangkap Muat di Astro. Sy langsung tidak tahu menahu tentang program itu sebab sy sudah lama tidak menonton televisyen. Dia menceritakan tentang baju nikah sy yang sama seperti dalam program itu yang katanya seperti kain menutup keranda. Serius sy sangat terasa. Sy rasa sangat down sekarang ni. Tak tahu mahu luahkan pada siapa..bercerita tentang baju nikah sy, sebenarnya ia adalah hasil dari pendapat sepupu sy. Pada mulanya apa yang sy impikan dan inginkan adalah sangat berbeza. Sy mengikut mereka ke Bandung adalah dengan tujuan mahu mencari baju nikah yang sy impikan. Namun, atas pendapat mereka dan kata-kata mereka, sy memilih yang lain tanpa berfikir panjang. Nah, sekarang baju nikah sy adalah seperti kain menutup keranda! Tinggal seminggu sahaja lagi dan sy SANGAT KECEWA! Sudah 2 hari berturut2 sy menangis sendirian sebab sy sangat stress.. :(

Nurul Farhana

*loli-loli*



Thanks Wafa for working on this loli-loli ^_^ Ini adalah loli-loli untuk kanak2 riang di luar sana pada majlis sy nanti. Sangat chumel sebab ianya stroberi yang diimport dari Cameron Highlands *wink*

Nurul Farhana

*bunga dulang*





Ini bunga dip yang ditempah dari Nurul untuk dijadikan bunga dulang (hantaran). Rasa ralat juga kerana sy tidak menggunakan bunga segar seperti mereka yang lain. Tapi takpelah :)



Nurul Farhana

*permulaan untuk hidup bersama*

Akhirnya selesai satu bab..bab rumah sudah dapat :) Alhamdulillah..walaupun pada mulanya kami mahukan rumah teres untuk disewa, namun akhirnya kami memilih Cemara Apartment, Salak Selatan, atas faktor ianya berhampiran stesen LRT dan yang paling penting -- banyak tempat makan disekitarnya..haha! (sila belajar masak ok!) Tempat pun bole tahan, 24-hours security plus banyak juga kemudahan di sekitarnya. Kira ok la tu untuk golongan sederhana seperti kami. Permulaan untuk hidup bersama :) Namun, faktor yang paling utama sy bersetuju untuk menyewa di situ adalah kerana sy sudah biasa dengan kawasan di situ. Sebelum ni sy pernah menyewa di Seri Mas Condominium, Taman Tenaga dan selalu juga membuang masa di Bandar Sri Permaisuri suatu ketika dahulu..huhu~
♥♥♥
Semoga semuanya berjalan dengan sempurna ;-)

Nurul Farhana

*inspirasi kad*



Sy sudah dapat kad sy :) Bercerita cket tentang kad sy, ianya diinspirasikan daripada kad di bawah. Maaf sudah lupa link nya (-_-")





Maka, terhasillah kad seperti ini :) Warna kuning di sebelah sy, warna coklat itu di sebelah dia.








Nurul Farhana

*sila kemas*





Bilik dah tak macam bilik dah. Penuh dengan barang2. Kotak2 itu ada kad di dalamnya.


Nurul Farhana

*5 dalam 1*

Sudah lama tak update. Segala2nya sedang bergerak secara perlahan. Sy tidak mahu terburu2 walaupun perasaan sekarang ini hanya Dia sahaja yang tahu. OMG! Sebenarnya sangat risau!

Yang pertama, bunga pahar yang ditempah masih belum siap. Bunga dulang sudah siap cuma masih belum dapat. Sepatutnya sy jumpa Nurul pada hari Sabtu yang lepas untuk mengambilnya, tetapi atas sebab2 tertentu kami tidak dapat ketemu. Jadi sekarang sy sedang menunggu Nurul menghantarnya melalui pos. Sy tidak menggunakan fresh flowers sebagai hiasan hantaran :)

Yang kedua, kad sudah siap. Esok jika tiada aral kakak ipar sy akan tolong ambil kad dari Nadya :) Tak sabar sungguh! Senarai jemputan sudah hampir siap.

Yang ketiga, sy sudah menempah ini sebagai doorgift untuk diberikan kepada pihak sebelah (keluarga lelaki) . Di dalamnya adalah belum pasti lagi.

Yang keempat, ini artwork untuk Tetris Glass (1 side 1 story) yang telah ditempah di sini.

Yang kelima, penanda arah sudah siap! Simple je :)

**Ayat begitu skema *hahaha*

Nurul Farhana