Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*pomander ball (review)*


Entry kali ni berbalik semula kepada entry tentang pomander ball yang telah sy hasilkan hari tu :) Ramai yang bertanya tentang pomander ball tu. Okay, mari sy ceritakan :)

Yang pertama, styrofoam ball itu telah dibeli oleh kakak ipar sy. Katanya dibeli di Jalan TAR.

Yang kedua, sy telah membeli bunga2 kecil yang berwarna kuning dan putih itu di sebuah kedai bunga di Temerloh. Satu paket ada lebih kurang 15 jambak kecil di mana setiap jambak ada 12 kuntum bunga ;-) Harga satu paket RM 42 <-- harga ini rasanya sy telah ditipu! Harga yang sepatutnya jauh lebih murah sebenarnya *sob sob*




Yang ketiga, sy memotong satu-per-satu kuntum bunga itu kemudian mencucukkan terus ke styrofoam ball itu. Mudah je nak cucuk sebab tangkainya dawai :)

Dan jangan lupa letakkan penggantungnya skali ye :)


Okay, SELAMAT MENCUBA! ^__^


Nurul Farhana


9 comments:

farhanna said...

..gut info.. actually... name kite same....

khairulhaya said...

nurul..

thanks dear sudi bkongsi info..da lame nk tanye tp takut mengaggu serta menambah strees pada nurul.

salam ramadhan buat kamu:p

esca said...

wahh bagus lah kamu...kreatif...
nanti kamu boleh buat sewa niii..

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[farhanna] yaiyy! ^__^

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[khairulhaya] Jangan la takut..sy stress kejap je hihi :p salam ramadhan untuk awk juga :)

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[esca] Thankss dear..no hal lah! ;-)

Aleiz said...

eheh..thanks farhana:)tarikh wedding awk ng kite same :p 5 dec 2009 thanks 4 sharing idea tu ye dear..tp nk tnye sket lagi...hee..mase cucuk tu ade gam ape2 tak?and kalo nk pasng rntai, gam je ke?

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[Aleiz] Kalau bunga tu tangkainya dawai tak payah letak gam pun takpe..remeh nak letak gam pada setiap bunga tu :) Tapi kalau beli bunga yang tangkainya plastik, harus letak gam.. ;-) Untuk rantainya, sy menggunakan dawai untuk lekatkan pada styrofoam tu..lebih elok beli rantai yang cam manik bulat2 tu senang nak sangkut dawai lepas tu cucuk je.. :)

Anonymous said...

dah jenuh cari bunga mcm tu....dekat jalan TAR tak jumpa ler...dekat temerloh tu beli dekat kedai mana eekkkk