Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*beraya*

Semalam sy beraya ke rumah Encik b. Memang tak plan dan tak rancang pon nak ke rumah dia sebab sy dah hampir tawar hati sebenarnya. Tapi entah kenapa sy ni mudah sangat lembut hati dan susah sangat nak tolak pelawaan orang. So, bila dia call bagitau, mak dia tanya sy tak datang beraya rumah dia ke, sy terus jadi sangat teruja nak pergi dan terus lupa tentang rasa kecik hati yang sy pendam tu. Sy memang camni kot ;-) Sesetengah orang je faham dan tau sy jenis yang macam ni. Sy ke KL semata2 mahu beraya ke rumah dia. Sy pergi bersama abang, kakak ipar dan Farisah. Lepas je makan, kami pon pulang semula ke Temerloh. Ayah dia sempat bekalkan laksa Johor untuk kami bawa pulang :) Padahal hari Khamis (raya kelima) tu sy baru je ke KL jumpa dia sendirian.




**Kadang2 sy terfikir salahkah untuk mengeratkan sesebuah ikatan. Sy harus bermula dari sekarang kerana tidak lama lagi sy bakal memasuki ke dalam sebuah keluarga baru. Sy harus belajar untuk menyesuaikan diri. Walaupun katanya sy bukannya bercakap pun, namun sekurang2nya sy telah cuba dan berusaha mendekati mereka.

Nurul Farhana

1 comments:

Riena said...

best kan kalau beraya kat rumah mertua? ehh salah, bakal mertua.. hari raya kedua saya pon pergi rumah bakal.pastu pergi rumah makcik nyaa.. terujanyaa...