Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*Encik A*

Okay bercakap tentang videographer untuk majlis sy nanti, sy dah survey banyak pihak yang sy rasakan okay. Dalam banyak2 tu sy tertarik dengan satu pihak ini. Pada 3 Julai yang lalu sy terus call dia tapi tak dapat. Then, sy pun sms pihak tu bagitau yang sy berminat nak gunakan khidmat dia sebagai official videographer. Ini kerana pakej yang ditawarkan pun boleh tahan seiring dengan kualitinya. Sms berbalas. Namun, terhenti sampai di situ sahaja. Dia cakap dia akan hubungi sy semula. Tapi entah kenapa sampai sekarang (Ramadhan menjelang) dia senyap je. Hmm..takpelah mungkin dah takde rezeki. Suatu hari, sy jumpa dia di FB. Kemudian, sy mesej dia, tanya jadi tak. Dia senyap lagi. Okay takpelah. Selang beberapa hari, sy pun mesej lagi, sy cakap kalau tak jadi takpelah sy cuba cari videographer lain. Lepas je sy cakap macam tu, tup-tup terus sy dapat sms dari dia. Dia cakap 5 Dis tu sudah kosong, nak tak? Hmm.. Kalau difikirkan semula kenapa dia tak cakap awal2 sebelum tu kalau2 tarikh 5 Dis tu dia ada job tempat lain. Sy tak kisah, sy boleh cari videographer lain. Jadi sekarang kami belum deal lagi. Kalau dia rasa dia ada komitmen lain, plz plz plz let me know ye Encik A. Jangan bagi sy harapan okay.

Nurul Farhana

5 comments:

HAZELNUT LADY said...

hye awak..i'm your silent reader..sy suka bc blog awak..nice..btw i you don't mine, leh ajar tak cane nk wat check list tu..huhu thnks yea..

Sha Pattinson said...

i think u should have plan B dear hehehe ..padahal aku sendiri blom ada videographer hahaha ..hadoii!

hanim said...

haish, nmpk cam x bersungguh la Encik A tu?? agreed with sha up there..dun take risk..

khairulhaya said...

hai nurul..

susah la nk bkerja ngan org mcm tu.xde komitmen pd kerja langsung..

better cari la org lain yg lebih berminat..org da bg job lg nk jual mahal..roy plak yg geram..hihihi..

AzUraAa said...

oh tidak!! i sgt la xsuke org yang suka bagi harapan mcm tu.. igt die best sgt ke... kita pulak yang kejar die.. die yang sepatutnya kejar customer.. huhuhu...bertabah la dear, ye..