Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*5 dalam 1*

Sudah lama tak update. Segala2nya sedang bergerak secara perlahan. Sy tidak mahu terburu2 walaupun perasaan sekarang ini hanya Dia sahaja yang tahu. OMG! Sebenarnya sangat risau!

Yang pertama, bunga pahar yang ditempah masih belum siap. Bunga dulang sudah siap cuma masih belum dapat. Sepatutnya sy jumpa Nurul pada hari Sabtu yang lepas untuk mengambilnya, tetapi atas sebab2 tertentu kami tidak dapat ketemu. Jadi sekarang sy sedang menunggu Nurul menghantarnya melalui pos. Sy tidak menggunakan fresh flowers sebagai hiasan hantaran :)

Yang kedua, kad sudah siap. Esok jika tiada aral kakak ipar sy akan tolong ambil kad dari Nadya :) Tak sabar sungguh! Senarai jemputan sudah hampir siap.

Yang ketiga, sy sudah menempah ini sebagai doorgift untuk diberikan kepada pihak sebelah (keluarga lelaki) . Di dalamnya adalah belum pasti lagi.

Yang keempat, ini artwork untuk Tetris Glass (1 side 1 story) yang telah ditempah di sini.

Yang kelima, penanda arah sudah siap! Simple je :)

**Ayat begitu skema *hahaha*

Nurul Farhana

5 comments:

::PoRcUpiNe:: said...

selamat menempuh gerbang perkahwinan:)

naddynad said...

ok lah tuh..!!! progress yang bagus!!
caiyok2..

fikaryna79 said...

hi farhana..kira laju gak la progress..hehe..apa2 pn..moga kita sama2 slmt ok..huhu..

weDa said...

wahh banyak nye yang dah siap. saya banyak lagi ni tertangguh! :-|

i;ieta said...

awk..boleh sy tau di mn awk wat karikatur tue?tq yer..

email me at konspirasi_teori@hotmail.com