Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*kecewa*

Dah lama sy tak update blog sebab sy sangat sibuk + sy tengah stress sekarang ni T_T Serius stress! Semua benda sy terpaksa uruskan seorang. Sendiri. Even mak sy pon langsung tidak membantu menguruskan sebarang persiapan. Maaf itulah hakikat. Sehingga kini semua perbelanjaan sy yang tanggung. Setiap sen barang yang sy beli untuk persiapan majlis sy ini semua menggunakan duit sy sendiri. Emak abah tidak menghulurkan barang satu sen pon. Maaf sekali lagi. Tapi itulah hakikat. Beribu telah habis digunakan. Duit hantaran yang ada terpaksa disimpan sedikit untuk kegunaan selepas berkahwin.


Lagi menambahkan stress dan rasa terkilan sy adalah perihal baju nikah sy. Sy sangat terasa sekarang ni. Tadi ada emak saudara sy datang ke rumah untuk melihat persiapan yang sy lakukan. Bukannya hendak memberikan kata2 perangsang atau semangat, tapi secara tidak sedar dia telah membuatkan sy SANGAT berkecil hati. Dia menegur tentang baju nikah sy, katanya sebiji seperti dalam program Tangkap Muat di Astro. Sy langsung tidak tahu menahu tentang program itu sebab sy sudah lama tidak menonton televisyen. Dia menceritakan tentang baju nikah sy yang sama seperti dalam program itu yang katanya seperti kain menutup keranda. Serius sy sangat terasa. Sy rasa sangat down sekarang ni. Tak tahu mahu luahkan pada siapa..bercerita tentang baju nikah sy, sebenarnya ia adalah hasil dari pendapat sepupu sy. Pada mulanya apa yang sy impikan dan inginkan adalah sangat berbeza. Sy mengikut mereka ke Bandung adalah dengan tujuan mahu mencari baju nikah yang sy impikan. Namun, atas pendapat mereka dan kata-kata mereka, sy memilih yang lain tanpa berfikir panjang. Nah, sekarang baju nikah sy adalah seperti kain menutup keranda! Tinggal seminggu sahaja lagi dan sy SANGAT KECEWA! Sudah 2 hari berturut2 sy menangis sendirian sebab sy sangat stress.. :(

Nurul Farhana

19 comments:

Sha Pattinson said...

bawakan bersabar ..itu adalah dugaan ketika nak kawin insyaALLAH lepas jerk kawin semua beransur pulih ..saya pon manghadapi masalah mcm awak ..dan tinggal sebulan jerk nak kawin family saya mandai2 nak suruh ubah tarikh ..lagi la tensen kan dan family saya adalah selamba yg tegar ..soal baju takpe janji awak berpuas hati perdulikan apa org ckp ..janji majlis awak lancar ..banyakkan berdoa dan bersabar okay!!!

farhanna said...

sabar je la.. take +ve.. yang pntng skrang kamu pk kan ttg diri kamu and majlis kamu.. majlis tu tetap akan berjalan lancar... saya kagum dgn kamu..

farhanna said...

oopss lupa.. saya nak pg majlis kamu.. jemput la saya.. ehhehehee

pinkylunna said...

u..i terima nasib lagi dasyat...
hurm..sabar jela k...

jannah sukhri said...

alar, di mase2 terakhir ni u elakkan bersedih.jgn nangis,nnt mata bengkak taw,sbr la, mulut org mmg xleh nk ttp.asal u yakin dgn pilihan u, its oke to going on la..chill yawww

rabitah hanim said...

take it easy babe. sabar ye. insyaAllah semuanye akan okay. =) bukan mudah untuk kite puaskan hati semua org. kite buat ape yg termampu. yg penting kite dh put all efforts for the big day.

Fuchsia said...

lantak diorang la nak cakap apapun. pedulik laa. u will be ok. everything will be ok. lagipun baju nikah tu kan nak pakai skali je. jgn sedih2 ye ^-^

*tgh cakap kat diri sendiri juger*

farhanna said...

siti farhana binti shamsuddin
km 15, kg seri minyak, 77300 merlimau melaka.

tq.. sy stay sekitar KL..insyaAllah sy dtg..

fiza zasmi said...

jgn sedih ea, semuanye akan baik2 je....

nad nazira said...

farhana dear..jangan sedey 2 key..manusia nih macam2..ada yang main cakap lepas je..tak mengape yang penting awak tau and yakin dengan ape yang awak buat..nad dah dapat kad kuning riben hitam yg cantik tu..tapi mungkin tak dpt gi kenduri belah perempuan..nad gi kenduri kat ampang boleh tak?? :)

Anonymous said...

salam farhana,
adat org nk berkahwin.. last minet mesti ade yg menyentuh hati jiwa dan raga juge,..
sabar bnyk2...
mulut org emmang tak blh tutup..
tapi telinga kita boleh kan??
hahahaha..abaikan akte2 puaka itu yer...
its your wedding..do it da way u want..(u yg kate kan)..keep strong bebeh

Riena said...

dugaan tuhan...sabar yerr...

Anonymous said...

rasanye sy nak g jadi peneman awak tau skrg, duduk sebelah awak, menjadi peneman awk spanjang majlis awk, skrg awak tarik nafas panjang, pandang ke depan.....selawat dan insyallah ia akan reda sekit demi skit, skiranya awak terfikir benda buruk awak selawat lg...sampai lah keluar kan suara..lg bagus....insyallah sy iringi doa moga u will be ok....everything will be ok..done...eja_shariza@yahoo.com ..kita pun org melaka...

Anonymous said...

rasanye sy nak g jadi peneman awak tau skrg, duduk sebelah awak, menjadi peneman awk spanjang majlis awk, skrg awak tarik nafas panjang, pandang ke depan.....selawat dan insyallah ia akan reda sekit demi skit, skiranya awak terfikir benda buruk awak selawat lg...sampai lah keluar kan suara..lg bagus....insyallah sy iringi doa moga u will be ok....everything will be ok..done...eja_shariza@yahoo.com

cikdebup said...

ya..smua akan okey..sy prcaya kami2 yg mmbaca akn sntiasa mnd0akn kamu..i experienced the same..tp untk majlis tunang..so the presure not that much..ign0re jew kata2 mreka..if ada yg mmbantu, ucapkan trima kasih..iAllah smua akan lancar..

ctfza said...

sabar dear.. dekat2 nak kahwin ni memang banyak dugaan..

banyakkan bersabar, tetapkan hati dengan apa yang kita buat n pilih..

bila kita buat preparation utk majlis ni memang dah biasa tak ramai yang sudi membantu, bagi komen2 yang membina.. itu memang dah selalu terjadi.. harap awak kuat.. jgn sedih2 lagi..

ida said...

salam farhana,
sabar ye..jangan sedey2 tau...
kuatkn smgt...dh x lame dah...
saya kagum dengan awak...saya harap saya sekuat dan setabah awak.
saya doakan majlis awak berjalan lancar lapangkan fikiran dr semua itu...
ini hari istimewa awak...
senyumlaa dan nikmatilah saat2 indah dalam hidup awak...
dan moga bahagia milik awak akhirnya ;)

harzharun said...

pedulikan mereka!!!...
yg penting awak suke dgn baju awak...
awak yg nak kawen kan...
bila cun di hari kawen nnti derang juga yg tpaku...biar..follow ur heart dear!!

Anonymous said...

hehehehe...macam-macam cerita....