Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*permulaan untuk hidup bersama*

Akhirnya selesai satu bab..bab rumah sudah dapat :) Alhamdulillah..walaupun pada mulanya kami mahukan rumah teres untuk disewa, namun akhirnya kami memilih Cemara Apartment, Salak Selatan, atas faktor ianya berhampiran stesen LRT dan yang paling penting -- banyak tempat makan disekitarnya..haha! (sila belajar masak ok!) Tempat pun bole tahan, 24-hours security plus banyak juga kemudahan di sekitarnya. Kira ok la tu untuk golongan sederhana seperti kami. Permulaan untuk hidup bersama :) Namun, faktor yang paling utama sy bersetuju untuk menyewa di situ adalah kerana sy sudah biasa dengan kawasan di situ. Sebelum ni sy pernah menyewa di Seri Mas Condominium, Taman Tenaga dan selalu juga membuang masa di Bandar Sri Permaisuri suatu ketika dahulu..huhu~
♥♥♥
Semoga semuanya berjalan dengan sempurna ;-)

Nurul Farhana

3 comments:

::PoRcUpiNe:: said...

mahal x sewa area situ?

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[::PoRcUpiNe::] around RM 700 - 850 :)

moment said...

wow! mahalnye sewa.. aku belum ready tuk byr sewa mcm tu.. huhu

*anyway, congrats bebeh! semoga dipermudahkan segala urusan.. =)