Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*favor*

Sy nak kongsi semula cerita tentang majlis sy hari tu. Menyentuh tentang favor yang pihak sy sediakan buat semua tetamu :)


1) Untuk tetamu biasa yang hadir - paper bag + ribbon sy tempah di OleOleManis. Mudah untuk berurusan dengan Nadya ;-) Di dalamnya sy letak muffin yang ditempah dari mak de dan jelly. Selain itu, kerepek bawang dan lollipop yang disponsor oleh Wafa juga diberikan buat tetamu. Bukan setakat kanak2, budak2 remaja pon turut menyerbu lollipop itu..huhu~


2) Untuk marhaban - paper bag bewarna silver (bersaiz lebar) yang dibeli sendiri. Di dalamnya sy letak Surah Yassin, bekas telur (seramik kaca) + telur, personalised chocolate bar yang ditempah di MarryMe dan kerepek bawang.


3) Untuk khatam Quran - paper bag bewarna silver (bersaiz panjang) yang dibeli sendiri. Di dalamnya sy letak buku kecil surah2 pilihan, bunga telur (putih) yang ditempah khas, personalised chocolate bar dan kerepek bawang.


4) Untuk kawan2 istimewa yang hadir :)

Bekas mengkuang itu sy beli sendiri. Ribbon hitam itu lebihan daripada tempahan di OleOleManis. Di dalamnya sy letak tetris glass yang ditempah di Kugeeku dan beberapa jenis coklat dan gula2.


5) Untuk rombongan pihak lelaki adalah paper bag hitam berkilat bersinar (wahhh! gitu) di bawah :)


Di dalamnya sy letak tin bunga2 matahari yang sy tempah di WeddingKarren, tetris glass + beberapa jenis coklat dan gula2, personalised chocolate bar, jelly dan kerepek bawang.


6) Akhir sekali, buat tenaga kerja yang telah banyak membantu - Sebagai penghargaan dan tanda terima kasih, sy sediakan beg bunjut (bewarna kuning) yang dibeli sendiri. Di dalamnya sy letak mug, kerepek bawang, personalised chocolate bar, dan muffin :) Tuala juga disediakan buat mereka.
.
.
.
.
.
.
p/s : Perkataan 'dibeli sendiri' itu bermaksud sy tidak menempahnya daripada mana2 pihak atau sy tidak membelinya secara online. Sy beli sendiri di kedai. Buat Anonymous harap anda tidak menyalahertikan maksud sy dan harap maklum ya :)

Nurul Farhana

5 comments:

moment said...

wah! laku gile lolipop tu eh? no wonder time aku dtg, aku tak nmpk sorg pun pegang lolipop tu.. mesti dah abes kan?? hikhik

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

dorang dah serbu buat pemanis mulut sambil buat2 kerja, sambil borak2..itu pun malam sebelom kenduri tu pun sepupu2 kecik dah geram nak amek, nasib baek aku memang dah sediakan gula2 lain untuk dorang..kalau tak tinggal bape batang je untuk kenduri..huhu~

Ole-Ole Manis said...

Terima kasih kerana bershopping online dgn saya. :) Cantik bekas mengkuang tu sbb kaler itam. tak penah jmpe pun lagik. :)

dell said...

Hi dear. thanks for purchasing yea. and congrats on the pregnancy too. i belum lg huhuh kene usaha lagi gigih ni hehe.

dd dudu said...

hai farhana, terjumpe blog ni dan ter'melekat bace semua sampai klik2 older pages..

banyak info dan pengajaran, thanx yaa :)