Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*pengalaman*

Sekarang baru boleh tarik nafas lega sebab semuanya dah selesai dan berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa perkara yang tidak diingini berlaku. Tapi kita hanya mampu merancangkan? Dan terus terang sy katakan untuk menjayakannya tidaklah mampu untuk dilaksanakan sendirian. Itu adalah pengalaman sy. Sy rasa semuanya akan okay, namun bila tiba harinya ia tetap tidak menjadi seperti yang kita impikan :,)



Sy nak cerita cket tentang pengalaman menguruskan majlis pernikahan dan persandingan sy. Ianya tidaklah se'grand' mana atau semeriah mana. Ianya simple dan sederhana sahaja :)



Pengalaman sy sebelum majlis ketika berurusan dengan banyak pihak, bagi sy berurusan dengan pihak yang bukan sebangsa lebih mudah berbanding dengan kaum sebangsa. Kadang2 sy agak kecewa dengan hasil yang diberikan oleh kaum sebangsa sy. Agak kurang profesional. Tapi BUKAN semua macam tu :) Ada juga beberapa pihak yang memberikan khidmat bagus dan sy sangat berpuas hati.


Sebenarnya banyak peristiwa yang tidak disangka telah berlaku. Okay, yang


Pertama
Bunga pahar yang dijanjikan TIDAK SAMPAI ke tangan sy gara2 rosak katanya ketika hendak pos. 3 hari sebelom majlis, dia sms memberitahu masalah itu. Sangat sedih sebenarnya sebab bunga pahar tu telah sy tempah mengikut warna tema :,( Di saat akhir sy bergegas ke kedai menjual barangan pengantin untuk mencari bunga pahar.


Kedua
Warna kuning baju pengantin lelaki agak berbeza dengan warna kuning baju sy :,)


Ketiga
Sewaktu menyambut kedatangan pengantin lelaki, suasana sunyi sahaja. Langsung tiada paluan kompang. Abah boleh terlepas pandang :(


Keempat
Tiada renjis-merenjis sebab tiada seorang pon yang perasan bekas itu kosong! Padahal bunga rampai telah dibuat. Masing2 ingat dah ada orang yang isi. Tapi takpelah, itu semua adat sahaja kan? :,) *sedih*


Kelima
Ralat sebab semua goodie bag habes penyek :( Mulanya sy nak buat semua tu sendiri, tapi mak cakap takpe sebab ada saudara yang mahu membantu. Hasilnya..hmmm.. Sy hanya menguruskan goodie bag untuk pihak keluarga lelaki, khatam Quran dan marhaban.


Oh ya, bukan semua belian secara online itu bagus dan menepati citarasa kita. Jadi haruslah berhati2 dan survey dahulu sebelom membuat sebarang belian dan bayaran.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gambar nanti sy update ya sebab sekarang terpaksa update blog curi2. Malu suami baca T_T Sekarang dia tengah tidur :p




Nurul Farhana

4 comments:

Riena said...

itu smua dugaan..redha jelah.
Emm tahniah yer hana and selamat pengantin baru.

khairulhaya said...

nurul..
nape sume ni harus jadi begini,sedih la pasal bunga pahar tu..bole plak last minit rosak..

baju lelaki plak x sama kaler,nurul x tgk dulu ke mase fitting baju tu..

kompang n tempat renjis tu pon pntg gak..mesti pihak lelaki tertanye2 kan..tp ape kan daya..kita hanya merancang..

selamat menempuh alam rumah tangga..

faratul said...

tul tu.. tgk atas maya nih sume nampk cantik kan? same la cam dlm mag kte tgk cantik, tp bile dpt kt tgn, cam biase plak.. kesimpulannye jgn mudah tergoda kan??

xsabar nak crita u g..

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[Riena] Thanks dear ;-)

[khairulhaya] sedih memang sedih tapi semua dah berlalu ;,)

[faratul] betul..betul..betul *wink*