Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*non reactive*



HIV test done! :)






Nurul Farhana

*house for rent*


Gambar sekadar hiasan

Kami sedang mencari rumah teres di sekitar Kuala Lumpur untuk disewa.


Nurul Farhana

*Borang 1*



Borang sudah diambil (*'-'*)




Nurul Farhana

*beraya*

Semalam sy beraya ke rumah Encik b. Memang tak plan dan tak rancang pon nak ke rumah dia sebab sy dah hampir tawar hati sebenarnya. Tapi entah kenapa sy ni mudah sangat lembut hati dan susah sangat nak tolak pelawaan orang. So, bila dia call bagitau, mak dia tanya sy tak datang beraya rumah dia ke, sy terus jadi sangat teruja nak pergi dan terus lupa tentang rasa kecik hati yang sy pendam tu. Sy memang camni kot ;-) Sesetengah orang je faham dan tau sy jenis yang macam ni. Sy ke KL semata2 mahu beraya ke rumah dia. Sy pergi bersama abang, kakak ipar dan Farisah. Lepas je makan, kami pon pulang semula ke Temerloh. Ayah dia sempat bekalkan laksa Johor untuk kami bawa pulang :) Padahal hari Khamis (raya kelima) tu sy baru je ke KL jumpa dia sendirian.




**Kadang2 sy terfikir salahkah untuk mengeratkan sesebuah ikatan. Sy harus bermula dari sekarang kerana tidak lama lagi sy bakal memasuki ke dalam sebuah keluarga baru. Sy harus belajar untuk menyesuaikan diri. Walaupun katanya sy bukannya bercakap pun, namun sekurang2nya sy telah cuba dan berusaha mendekati mereka.

Nurul Farhana

*paranoia*

Semenjak kebelakangan ni sy selalu mimpi benda yang bukan2. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana sy terlalu banyak berfikir. Paranoid. Sy juga agak (sangat) terkilan tentang satu perkara. Masih ada 3 hari cuti raya dan sy akan meraikannya biarpun sendirian!

Nurul Farhana

* :( *



Gambar terbaru sy pada 1 Syawal 1430H di rumah nenek :) Adakah sy kelihatan kurus? Kenapa sy bertanya? Ini kerana, sudah ramai yang bagitahu sy, awk nampak sangat kurus! Sy langsung tidak sedar kerana sy menatap diri sy hari2..jadi tidak nampak sebarang perubahan. Kelihatan sangat kurus sangatlah tidak cantik pabila mengenakan wedding outfit nanti :( 3 months to go..harus makan banyak2! Ketupat, lemang, rendang, nasi dagang, nasi tomato, bahulu, kek coklat, semua meh sini sy nak makan!!~



Nurul Farhana

*Salam Aidilfitri*



Buat semua,


Salam Aidilfitri :)

Nurul Farhana

*JJ Setiawangsa*

Hari Sabtu lepas sy jumpa Encik b sebab nak kasi semua barang hantaran yang kami dah beli. Sebelum ni aku yang pegang semua sebab Encik b cakap awal lagi. Tapi mengenangkan lepas raya nanti Encik b dah mula sibuk dengan tugasan dia, dia risau tak dapat jumpa jadi sy pun kasi semua kat dia.


Kami plan nak jalan2 area Damansara, malangnya kami telah kesesatan hahaha..itu semua adalah salah sy. Encik b dah tarik muka. I'm sorry (versi Amir RL). Tapi tak lama lepas tu Encik b dah kembali okay setelah akhirnya N86 berjaya dimiliki oleh Encik b.



..dan hari tu kami berbuka di sini.


@ Jusco Setiawangsa


Nurul Farhana

*Encik A*

Okay bercakap tentang videographer untuk majlis sy nanti, sy dah survey banyak pihak yang sy rasakan okay. Dalam banyak2 tu sy tertarik dengan satu pihak ini. Pada 3 Julai yang lalu sy terus call dia tapi tak dapat. Then, sy pun sms pihak tu bagitau yang sy berminat nak gunakan khidmat dia sebagai official videographer. Ini kerana pakej yang ditawarkan pun boleh tahan seiring dengan kualitinya. Sms berbalas. Namun, terhenti sampai di situ sahaja. Dia cakap dia akan hubungi sy semula. Tapi entah kenapa sampai sekarang (Ramadhan menjelang) dia senyap je. Hmm..takpelah mungkin dah takde rezeki. Suatu hari, sy jumpa dia di FB. Kemudian, sy mesej dia, tanya jadi tak. Dia senyap lagi. Okay takpelah. Selang beberapa hari, sy pun mesej lagi, sy cakap kalau tak jadi takpelah sy cuba cari videographer lain. Lepas je sy cakap macam tu, tup-tup terus sy dapat sms dari dia. Dia cakap 5 Dis tu sudah kosong, nak tak? Hmm.. Kalau difikirkan semula kenapa dia tak cakap awal2 sebelum tu kalau2 tarikh 5 Dis tu dia ada job tempat lain. Sy tak kisah, sy boleh cari videographer lain. Jadi sekarang kami belum deal lagi. Kalau dia rasa dia ada komitmen lain, plz plz plz let me know ye Encik A. Jangan bagi sy harapan okay.

Nurul Farhana

*TERIMA KASIH Nani - Wedding Idea Proposal*

Sy sangat berterima kasih kepada Nani kerana telah memberikan idea yang sangat wowww! Dan dia telah memberikan inspirasi ini buat sy ^__^ Dan sekali lagi sy sangat sukaaaaaa!! Ia nya simple dan menyegarkan. Unik! ^__^






Dan lagi, lihat ini! Sy tak pernah terfikirkan ini tetapi Nani telah memberi sy satu lagi inspirasi DIY yang sangat mudah dan lain dari kebiasaan :)




Say hello to YELLOWW!!

Sumber dari sini ;-)
.
.
.
.
.
*Streamyx selalu masalah dua tiga menjak ni..hmm..nak post comment kat blog pun susah..sy harap Nani dapat comment tu :~)



Nurul Farhana

*keras tangan*




Hasil 'keras' tangan DIY :p

Nurul Farhana

*tag : good luck*



8 - 10 September ini semua murid tahun 6 bakal menduduki UPSR. Jadi, sy buat ini untuk mereka ;-)

"Do your best dear!"




Nurul Farhana