Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*inspirasi kad*



Sy sudah dapat kad sy :) Bercerita cket tentang kad sy, ianya diinspirasikan daripada kad di bawah. Maaf sudah lupa link nya (-_-")





Maka, terhasillah kad seperti ini :) Warna kuning di sebelah sy, warna coklat itu di sebelah dia.








Nurul Farhana

*sila kemas*





Bilik dah tak macam bilik dah. Penuh dengan barang2. Kotak2 itu ada kad di dalamnya.


Nurul Farhana

*5 dalam 1*

Sudah lama tak update. Segala2nya sedang bergerak secara perlahan. Sy tidak mahu terburu2 walaupun perasaan sekarang ini hanya Dia sahaja yang tahu. OMG! Sebenarnya sangat risau!

Yang pertama, bunga pahar yang ditempah masih belum siap. Bunga dulang sudah siap cuma masih belum dapat. Sepatutnya sy jumpa Nurul pada hari Sabtu yang lepas untuk mengambilnya, tetapi atas sebab2 tertentu kami tidak dapat ketemu. Jadi sekarang sy sedang menunggu Nurul menghantarnya melalui pos. Sy tidak menggunakan fresh flowers sebagai hiasan hantaran :)

Yang kedua, kad sudah siap. Esok jika tiada aral kakak ipar sy akan tolong ambil kad dari Nadya :) Tak sabar sungguh! Senarai jemputan sudah hampir siap.

Yang ketiga, sy sudah menempah ini sebagai doorgift untuk diberikan kepada pihak sebelah (keluarga lelaki) . Di dalamnya adalah belum pasti lagi.

Yang keempat, ini artwork untuk Tetris Glass (1 side 1 story) yang telah ditempah di sini.

Yang kelima, penanda arah sudah siap! Simple je :)

**Ayat begitu skema *hahaha*

Nurul Farhana

*wedding outfit*



Hampir siap :)

Nurul Farhana

*Aku Dan Dirimu*

Weh! 48 hari je lagi dag dig dug~

Tiba2 sy teringat tentang lagu apa yang sesuai untuk dimainkan ketika majlis nanti. Sy kebuntuan. Yang terfikir cuma lagu Ari Lasso & BCL, Aku Dan Dirimu. Takkan satu lagu je..huhu~ Any suggestion?

Nurul Farhana

*official photographer*

Semakin hari semakin berdebar plak *mengada2 je :p*
.
.
.
.
.
.
Progress setakat ini, Encik b dah pun serahkan semua borang kepada sy. Jadi tinggal bahagian sy untuk melengkapkannya. Barang2 hantaran semua kami dah beli. Hari Sabtu ni family dia nak datang rumah untuk menyerahkan duit hantaran. Minggu hadapan pasti sy sangat sebok untuk menguruskan banyak hal. Oh ya, untuk official photographer sy dah deal dengan Shade Rashid. Untuk pakej kedua2 belah pihak berjumlah RM1,850. Sy dah bayar deposit RM750. Walaupun Shade masih muda, tetapi hasilnya sangat memuaskan :) Sepupu sy yang recommend, plus dia ni sebenarnya junior sy ketika di sekolah menengah *wink*

Nurul Farhana

*my wedding invitation card*



Dah agak lama tidak menunjukkan sebarang progress dalam blog ni. Progress tu ada cuma melibatkan benda yang remeh temeh sahaja. Semalam sy ke KL jumpa Nadya :) First time jumpa dia tau, sebelum ni hanya berhubungan melalui emel sahaja. Kami janji nak jumpa di area Ampang Point. Asalnya nak jumpa pukul 8.30 malam, tak sangka Nadya sampai awal plak. Sorry sebab terpaksa tunggu lama :( Sy nak ambil kad dari dia. Kad apa? Sudah tentu la my wedding invitation card yaiyyy! Tapi belum dapat bahagian sy lagi. Cuma ambil 50 keping bahagian Encik b dahulu untuk diserahkan kepada parents dia untuk dibawa ke JB hari ni :) Selebihnya akan diserahkan kemudian. Tapi, Nadya sempat bagi 2 keping contoh kad bahagian sy lalalalalala~ Sangat berpuas hati! ^__^


*Nadya, awk sangat sweet! ;-)



Nurul Farhana

*saya dan kehidupan*

Bukan mudah untuk mengatur satu kehidupan yang baru. Sy amat membutuhkan keteguhan emosi di saat ini..sy minta maaf seandainya kehidupan yang bakal kita tempuh ini sebenarnya memberikan satu bebanan buat kamu..salah ke sy nak hidup bersama dengan orang yang sy sayang?

Nurul Farhana

*lovely*







Lovely :) - Sumber.



Nurul Farhana