Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*5 days left*

Blog ini akan berehat untuk sementara waktu :)


Nurul Farhana

*kecewa*

Dah lama sy tak update blog sebab sy sangat sibuk + sy tengah stress sekarang ni T_T Serius stress! Semua benda sy terpaksa uruskan seorang. Sendiri. Even mak sy pon langsung tidak membantu menguruskan sebarang persiapan. Maaf itulah hakikat. Sehingga kini semua perbelanjaan sy yang tanggung. Setiap sen barang yang sy beli untuk persiapan majlis sy ini semua menggunakan duit sy sendiri. Emak abah tidak menghulurkan barang satu sen pon. Maaf sekali lagi. Tapi itulah hakikat. Beribu telah habis digunakan. Duit hantaran yang ada terpaksa disimpan sedikit untuk kegunaan selepas berkahwin.


Lagi menambahkan stress dan rasa terkilan sy adalah perihal baju nikah sy. Sy sangat terasa sekarang ni. Tadi ada emak saudara sy datang ke rumah untuk melihat persiapan yang sy lakukan. Bukannya hendak memberikan kata2 perangsang atau semangat, tapi secara tidak sedar dia telah membuatkan sy SANGAT berkecil hati. Dia menegur tentang baju nikah sy, katanya sebiji seperti dalam program Tangkap Muat di Astro. Sy langsung tidak tahu menahu tentang program itu sebab sy sudah lama tidak menonton televisyen. Dia menceritakan tentang baju nikah sy yang sama seperti dalam program itu yang katanya seperti kain menutup keranda. Serius sy sangat terasa. Sy rasa sangat down sekarang ni. Tak tahu mahu luahkan pada siapa..bercerita tentang baju nikah sy, sebenarnya ia adalah hasil dari pendapat sepupu sy. Pada mulanya apa yang sy impikan dan inginkan adalah sangat berbeza. Sy mengikut mereka ke Bandung adalah dengan tujuan mahu mencari baju nikah yang sy impikan. Namun, atas pendapat mereka dan kata-kata mereka, sy memilih yang lain tanpa berfikir panjang. Nah, sekarang baju nikah sy adalah seperti kain menutup keranda! Tinggal seminggu sahaja lagi dan sy SANGAT KECEWA! Sudah 2 hari berturut2 sy menangis sendirian sebab sy sangat stress.. :(

Nurul Farhana

*loli-loli*



Thanks Wafa for working on this loli-loli ^_^ Ini adalah loli-loli untuk kanak2 riang di luar sana pada majlis sy nanti. Sangat chumel sebab ianya stroberi yang diimport dari Cameron Highlands *wink*

Nurul Farhana

*bunga dulang*





Ini bunga dip yang ditempah dari Nurul untuk dijadikan bunga dulang (hantaran). Rasa ralat juga kerana sy tidak menggunakan bunga segar seperti mereka yang lain. Tapi takpelah :)



Nurul Farhana

*permulaan untuk hidup bersama*

Akhirnya selesai satu bab..bab rumah sudah dapat :) Alhamdulillah..walaupun pada mulanya kami mahukan rumah teres untuk disewa, namun akhirnya kami memilih Cemara Apartment, Salak Selatan, atas faktor ianya berhampiran stesen LRT dan yang paling penting -- banyak tempat makan disekitarnya..haha! (sila belajar masak ok!) Tempat pun bole tahan, 24-hours security plus banyak juga kemudahan di sekitarnya. Kira ok la tu untuk golongan sederhana seperti kami. Permulaan untuk hidup bersama :) Namun, faktor yang paling utama sy bersetuju untuk menyewa di situ adalah kerana sy sudah biasa dengan kawasan di situ. Sebelum ni sy pernah menyewa di Seri Mas Condominium, Taman Tenaga dan selalu juga membuang masa di Bandar Sri Permaisuri suatu ketika dahulu..huhu~
♥♥♥
Semoga semuanya berjalan dengan sempurna ;-)

Nurul Farhana