Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*alhamdulillah*

Selepas mengadu kepada emak tentang masalah serius yang sy ceritakan dalam entry sebelum ini, emak mengesyorkan sy minum dan makan tablet susu kambing. Alhamdulillah..selepas 3 kali sy mengamalkan minum dan makan tablet susu kambing setiap hari, hasilnya sy tidak lagi mengalami masalah tidak dapat mengawal pembuangan air kecil :) Tetapi sy masih harus segera ke tandas. Tidak boleh tunggu lama2 namun masih boleh bertahan. Apa2 pun terima kasih emak! InsyaAllah sy pun bakal jadi emak juga *wink*

Kebaikan susu kambing HiGoat --> klik sini :)

Nurul Farhana

2 comments:

evyn4ever said...

pregnant boleh makan pil ni x?
thanks..

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

bole :) untuk mengelakkan anak kena demam kuning bila lahir nanti dan mencegah alahan :)