Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*serius*

Sekarang ini kondisi badan sy dah mula beransur okay :) Tetapi sy masih perlu muntah 1 kali sehari. Kalau tak, badan rasa lain. Rasa angin tak keluar dan perut rasa mual.

Lagi satu masalah yang sy hadapi sekarang ini adalah masalah tidak dapat mengawal air kencing. SERIUS. T_T . Jika sy terasa mahu membuang air kecil, sy perlu (WAJIB) segera ke tandas! Kalau tak, sy akan terkencing di situ juga. Pada waktu malam semasa tidur juga sy mengalami masalah ini. Sangat mengganggu
:(
Lebih bermasalah jika sy sedang memandu. Sy memang tidak boleh tahan lagi. Automatik 'ia' akan terkeluar dengan sendirinya walaupun sy sedaya upaya mahu menahan. Sebagai langkah pencegahan, sy terpaksa memakai pad setiap hari. Ketika mengajar juga sy terpaksa bergegas ke tandas. Ada tak sesiapa tahu cara untuk mengelakkan rasa ini? :(

Nurul Farhana

2 comments:

eiza said...

hehehe... masalah yang sama dengan saya..:p
hebat betul rasa nak jadi bonda kan..

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[eiza] hehehe..itu la pasal..ini pun baby blum besar lagi..kalau dah besar nnt lagi keraplah nak membuang..