Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*kadar hemoglobin*

Sejak kandungan sy sudah mencecah 4 bulan ni, emak menggalakkan sy makan sayur-sayuran hijau. Emak cakap baik untuk pertambahan darah. Baby dalam perut ni memerlukan darah sy, jadi sy perlu lebih darah dengan kepekatan yang sepatutnya. Hari Isnin ni sy ada appointment doktor, sy perlu kekalkan Hb = 13. Appointment sebelum ni Hb dah turun jadi 11. Doktor cakap tak boleh bawah 10. 13 adalah yang paling baik. Jadi, ini adalah breakfast sy setiap pagi. Bubur nasi bayam dan segelas susu aiyayayayaii~ Disebabkan sekarang cuti sekolah dan sy tinggal sorang sementara suami pergi kerja, sy masak menu yang simple2 je :) Selain tu, sy juga menggunakan garam yang dibekalkan oleh jururawat (garam iodin) dalam setiap masakan. Iodin untuk mencegah anak yang bakal dilahirkan nanti jadi sumbing. Sy juga perlu makan lebih kerang untuk pertambahan darah dan mengekalkan kadar kepekatan hemoglobin yang normal.

♥ Bubur nasi bayam ♥

Nurul Farhana

2 comments:

nurul aziyana said...

hi..
i link ur blog..
slmt menempuh alam hamil

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

thanks dear ;-)