Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*menyakitkan hati*

Hari-hari kita mendengar tentang kes pembuangan bayi. Baru sekejap tadi sy dengar tentang janin yang dibuang di hadapan tokong. Lebih menyakitkan hati, janin itu disumbat di dalam bekas gula2. Kadang2 sy hairan dengan sikap manusia yang langsung tidak punya perikemanusiaan. Lebih kejam dan zalim daripada binatang! Tahukah kamu betapa ramai pasangan di luar sana yang mendambakan anugerah terindah itu, tetapi kamu pula membuangnya tanpa belas kasihan. Kemudian, senang2 je kamu bertaubat. Menangis mohon simpati. Tak malukah?

Nurul Farhana

0 comments: