Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*cinta Adam & Hawa*

Kandungan sy sudah mencecah 17 minggu..alhamdulillah semuanya sihat..sy dan baby pun sihat :) Cuma 6 April nanti sy harus berjumpa doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut di hospital. Mengikut perkiraan, sy dijangka bersalin dalam bulan Ramadhan nanti pada 27 Ogos. Sebelum tu ramai yang menjangka sy akan bersalin selepas raya. Mesti ramai juga yang hairan kenapa sy bersalin awal sedangkan sy berkahwin pada bulan Disember.


Mengikut kiraan logik seolah2 kandungan sy tidak cukup bulan :) Jadi, sy mahu jelaskan di sini, doktor membuat perkiraan mengikut dari tarikh hari pertama haid terakhir sy iaitu pada 20 November 2009. Doktor tidak akan tanya bila kali pertama kita 'bersama' suami atau bila kali terakhir kita mengadakan hubungan seksual bersama suami atau bila suami mula menyebarkan benih ke dalam rahim kita, sebaliknya doktor akan bertanya bila hari pertama haid terakhir kita. Bermula dari situ sebenarnya kita (kaum wanita) sudah menyediakan telur untuk disenyawakan. Jika ia tidak disenyawakan, akhirnya ia akan luruh untuk kitaran haid berikutnya.


Sumber : Google


Jangan panik sekiranya perkara yang sama berlaku kepada sy berlaku kepada kamu juga :) Rileks dan enjoy menghadapinya ya! *wink*

Nurul Farhana

3 comments:

nornazliana said...

heheh layann tahniahh

khairulhaya said...

nurul..tahniah erk..cantik backgroun baru nurul ni..da lame x menjenguk blog nurul ni..tapi susah sket nak membace la..hehhe..

ape pon tahniah buat nurul & hubby..x lame lagi dah nak dapat baby..jaga kandungan nurul okey..roy doakan nurul & baby sihat..amin..

fyda_ibrahim said...

saya setuju.. hik3.. sbb hri tu check kt klinik about my pregnant gak.. dr tnya first day our last period.. seminggu sblm kawen.. means my baby lbh seminggu dr usia wedding kami.. mula2 cuak gak.. kang ada lak mulut2 wat citer kt blkg.. tp lepas dr dan nurse bitau dgn terang, now dh fhm.. anyway, congrats ye? ;)