Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*tukar*

Sangat lama sy tak update blog ni. Sebenarnya sy dah terfikir nak cancel account je. Bukan apa, sy memang sangat jarang online sekarang ni. Mood ke arah itu makin berkurangan.



Hari ni ada mesyuarat ringkas di sekolah. GB ada menyentuh tentang isu pertukaran. Sangat hampa kerana sy hanya boleh memohon pada 1 April nanti untuk pertukaran sesi 1 Jun 2010. Talian akan dibuka mulai 1-25 April. Sy ingatkan bulan Mac ni dah boleh apply. Dan yang paling hampa sebab prosedur makin leceh. Bukan setakat melibatkan GB, malah GPK 1, GPK Hem dan GPK Ko-k juga perlu mengesahkan permohonan pertukaran itu secara online. Hmm.. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.






*Baby ni dah tak sanggup nak berjauhan dengan abah dia :p


Nurul Farhana

4 comments:

NisS^ImmEr said...

salam, sori menyelit kat sini. btul ke egtukar thn ni melibatkan pengesahan gb and gpk? kitorang lum dpt ape2 maklumat lagi. thn lepas talian dibuka sebulan penuh 1-30 april, thn ni dah kurang 5 hari? aduh makin susah plak nak pindah. dah la jauh dari husband :(

if awk ade ape2 news lagi tentang egtukar post kat sini lg ek

Sha Pattinson said...

ramai followers kamu ..jgn putus asa ..saya pun jauh dari suami ...cuti pun tak byk macam cikgu2 ...uwaaaaaaaa

Nad Nazira said...

nad doakan farhana cepat dapat tukar..so that baby boleh duduk dekat2 ngn abah die..aminnn..:P

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[NisS^ImmEr] begitulah mengikut kata GB..semua GPK kena daftar dulu sebelum kita bole apply..sy pun 1st time nak apply ni..tak tahu sangat prosedur..tapi harap2 tak susah la.. :)

[Sha Pattinson] bila cuti skolah pun suami keje..kuar kul6 pagi balik kul7 malam..terpaksa la duk umah sorg2..bila suami balik umah dia pun dah penat..huhu~

[Nad Nazira] aminnnnn.. :)