Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*terapi*












Sy cuma nak berkongsi satu tips atau terapi khas buat ibu2 mengandung..ececeh..cam pakar plak ye :p Takdelah, cuma tips atau terapi ni sangat berkesan buat sy. Serius berkesan! :) Terapi ni sangat mudah dan simple. Tak perlukan belanja dan kos yang mahal. Terapi apa? Terapi ini melibatkan air. Ya! A.I.R = air, atau dalam bahasa inggerisnya W.A.T.E.R = air.


Okay, terapi yang sy maksudkan adalah terapi mandi pagi :) Sy tau semua pun mandi pagi sebab semuanya pun dah besar panjang kan? Jadi tak perlu disuruh2 lagi. Cuma terapi yang selalu sy amalkan ni terutama pada hari2 bekerja, adalah mandi pagi seawal jam 6.00 pagi (sy tau ada di kalangan kamu yang mandi lebih awal dari sy bukan?). Mandi bukan sebarang mandi, sy mandi dengan air takungan atau dengan kata lain air kolah..air yang sangat dingin. Air yang telah sy takung dari malam sebelumnya. Jadi, kamu dapat bayangkan betapa syejuknya air itu. Serius sangat syejuk..agagagagaga.. Jadi untuk mengelakkan rasa syejuk itu 'menterkejutkan' anggota tubuh badan kita, mandilah dengan memulakan jirusan dari kaki, naik ke betis, paha, seterusnya perlahan2 jirus ke badan :) Tidak dinafikan jirusan pertama ke anggota tubuh badan sangatlah sejuk dan bole membuatkan kita rasa tak nak mandi lagi dah, tapi percayalah..hasilnya sangat memuaskan dan sangat memberi kesan. Ia nya bole meningkatkan daya dan tenaga untuk bekerja. Malah, membantu untuk menghilangkan rasa mengantuk.


Sy tau ramai juga di kalangan kamu atau kebanyakan orang memilih untuk mandi dengan air suam atau air hangat atas alasan sejuk di waktu pagi. Sy tak nafikan mandi air hangat juga bagus, tetapi sebenarnya ia bagus untuk tubuh badan kita setelah kita penat seharian bekerja. Air hangat sangat sesuai untuk merilekskan diri dan merehatkan tubuh badan. Sesuai di kala malam saat kita mahu berehat dan seterusnya tidur. Bertambah sesuai jika berendam merasa kehangatan air di dalam tub bersama sang suami *wink wink*

Nurul Farhana

1 comments:

khairulhaya said...

salam..
nurul,roy rase nurul punye font ni kene tukar kaler lain la..susah sket nk baca penulisan nurul dlm blog ni..