Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*teruja*

Hari ni ada appointment bulanan dan rutin timbang berat badan di klinik adalah WAJIB. Dan jeng..jeng..jeng..seperti yang telah diduga. Berat sy kini 59kg ;-) Sy dah tak kisah lagi tentang berat badan yang kian meningkat. Apa yang penting kandungan sy sihat dan sy pun sihat. Alhamdulillah kami berdua sihat mengikut kata nurse :) Sy juga tidak mengalami sebarang alahan atau apa-apa masalah yang menyukarkan pergerakan harian dan tidur malam sy.


Oh ya, pesanan sy buat semua ibu2 mengandung, perkara yang paling penting adalah jaga pemakanan. Elakkan mengambil makanan yang berangin dan elakkan memakan kacang parang kerana ia boleh mengakibatkan baby yang bakal dilahirkan mengalami alahan.

Sumber : Google







*Perasaan teruja kini sudah membuak-buak mahu membeli barangan baby. Semalam ke Ampang Point, sangat geram tengok barangan baby yang semuanya choooooooomel!

Nurul Farhana

4 comments:

Mrs.aisheiteru said...

hi dear...

awk checkup kat mana? sy baru nk masuk 7bulan pregnant. now...tak tahu lg nk checkup kat mana..can u suggest??

nurul aziyana said...

kacang parang blh menyebabkan G6PD pada anak kalo ibu ada pembawa

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[Mrs.aisheiteru] sy buat checkup bulanan kat klinik kerajaan berhampiran tempat tinggal..tp masa mula2 dapat tau sy pregnant, sy buat checkup kat klinik swasta :)

[nurul aziyana] sy ada juga dengar tentang hal ni. bahaya juga kalau terkena pada baby..

Mrs.aisheiteru said...

thanks farhana. eh silap info bukan 7bulan. 7 minggu...heheh sorry