Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*that day* - 'hantaran'



Entry ini sepatutnya sudah lama dahulu. Sekarang sudah agak basi kot. Namun demi untuk memenuhi beberapa permintaan rakan-rakan yang bertanyakan tentang hantaran perkahwinan sy dahulu melalui emel dan sms, sy paparkan dalam entry kali ni *wink wink*


Hantaran sy sangatlah mudah dan simple. Sy menempah bunga dip itu melalui satu blog yang pada mulanya sy sangat kagum dan percaya. Tapi sekarang sy TIDAK suggest kamu untuk menempah melaluinya. Ini kerana, (Wah! Ayat BM standard PMR gitu.) sy sangat kecewa! ..bunga pahar yang sy tempah bersama katanya telah rosak dan hancur..hancur bersama harapan sy dan yang paling menyakitkan hancur bersama DUIT sy T_T. Serius sy sudah bayar sepenuhnya seperti yang diminta pada awalnya kerana sy terlalu percaya dan kagum dengan hasil usahanya. Lagi 3 hari menjelang majlis, dengan enaknya dia berkata bunga pahar sy telah musnah dan rosak sama sekali. Duit telah habis dibayar. Apa lagi yang harus sy katakan?


Jadi, kepada kamu yang bakal berkahwin berhati-hatilah memilih atau menempah barangan melalui internet atau mana-mana blog. Jangan mudah percaya dan terpedaya.


*Hantaran yang diberi kepada pihak lelaki 9 kesemuanya, yang dipaparkan hanyalah 8 sebagai gambaran untuk memberi ilham buat sesiapa yang berminat :)

1. Buah-buahan
2. Chocolate
3. Set penjagaan diri
4. Jam tangan
5. Kemeja & seluar
6. Wallet & tali pinggang
7. Al-Quran & tasbih
8. Sireh junjung
++ 9. Kasut

 
Nurul Farhana

4 comments:

y i en j r said...

nana, yien suka nana punye hantaran..bakul cantek yg isi barang tu beli kat mane?

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

nana beli kt temerloh..kat kedai2 jual barang pengantin ada rasanya :)

rose said...

bli kat temerloh ke?dekat kedai area mana 2?

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

kalau tak silap kedai tu nama wah li @ wah lee..dekat belakang guardians.. :)