Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*belum rezeki*

Semalam sy check online keputusan pertukaran sy..dan..keputusannya agak mengecewakan.. :( Permohonan sy tidak diluluskan..hmm..berjauhan lagi la nampaknya.. :((



Nurul Farhana

9 comments:

NisS^ImmEr said...

farhana, sy pun dah check n sy tak dpt jugak :(. mmg kecewa. skang ni tinggal sorang ke dgn family. sy keje kat johor n family semua kat kedah, sewa umah sorang2 plak tu. hasben kat kl.sedih la mcm ni. awak try buat rayuan tak?

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

itu la sy ingat nak buat rayuan..sy tinggal dgn family tp kesian dekat husband, dia tggl sorg..dia dah berharap sgt sy dapat tukar..tp tak dapat.. :(

NisS^ImmEr said...

awak perasan tak dlm online tu dah takde rayuan mcm thn2 lepas. risau jugak ni kalau tak dpt buat rayuan.

cik puan fara said...

hurm.. i pn krisis jgk ni.. nk sgt tuka nk dkt ngn hasben tp xde rezeki lg.. apply pn tak lg sbb sblm nk apply, kene mntk kebenaran bos dl- tp bos takmo release lg.. sungguh, tak tahan dok berjauhan ni.. byk betul dugaan :(

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[NisS^ImmEr] ha'a sy perasan..sy ingat nak try buat surat..ada sorg cikgu skolah sy dulu pun dia buat surat rayuan mtk tukar bila permohonan dia tidak diluluskan..akhirnya dpt..

[cik puan fara] memang banyak dugaan.. :( tp itulah kadang2 dorang ni tak faham..

NisS^ImmEr said...

ye ke, lega skit dgr cmtu. actually nak naik putrajaya esok, nak try buat rayuan kat sana. apa2 pun tawakkal je la.kita dah cuba yg terbaik. mungkin ada rezeki yg lebih baik nnt. sama2 doakan kita berjaya k. btw, surat rayuan tu atas nama sendiri ke atas nama gb?

nurul aziyana said...

erm try buat rayuan..org kementrian ni biasanya kalo bnyk kali kita rayu, turun naik pejabat lama2 lulus jugak..better bawak skali ngn husband..dan yg penting doa

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[NisS^ImmEr] cikgu skolah sy tu kata buat surat melalui GB..jgn lupa bgtau perkembangan bila dah naik putrajaya eik..sy plak tak berani nak gi..lemah semangat nak berhadapan dgn org kementerian.. :(

[nurul aziyana] sy ingat nak buat rayuan tp takut nak gi putrajaya..takut kena maki hamun je.. :(

NisS^ImmEr said...

sy buat atas nama sendiri je. bukan dia nak baca sgt kot. hehe. emm sy rasa kalau awak nak pegi pjaya pun ok, tayah takut. bg sendiri surat rayuan tu, n semua dokumen berkaitan. plg penting surat majikan suami. nnt diorg akan mesyuarat balik. insyaAllah kalau ada rezeki dapat la.sy pun tak berani gak nak ckp mcm mana. sbb tadi mention gak yg sy pregnant, tp dia tak layan sgt pun mende2 camtu. apa2 pun kita cuba la yg terbaik