Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*jauh perjalanan luas pemandangan*

Pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu. Rasa cam baru je lagi manja2 dengan mak..tup tup tup tak lama lagi sy plak bakal jadi mak..insyaAllah :)





Hmm..dah 3 hari sy rasa tak sedap badan :( Semacam je kembung perut ni. Mencucuk2 sampai rasa nak menangis T_T Ini semua gara2 makan laksa di sekolah. Mungkin bunga kantan tu penyebab angin sebab ianya sejuk. Tak pernah2 kembung seteruk ini selama sy hamil. Dah la sy ni jenis yang susah nak keluarkan angin..baik sendawa mahupun kentut memang susah..kalau dapat keluar memang rasa lega. Sy minum syrup MMT pun angin masih tak keluar. Terasa angin tu bergolak je di dalam. Dan, angin tu juga telah naik hingga ke kepala. Ya Allah pening nya Tuhan sahaja yang tau :( Hari ni sy minta izin GPK untuk pulang awal sebab sy betul2 pening. Rasa nak pitam..memandu 30 minit untuk sampai ke rumah rasa macam 3 jam.. Sekarang pun masih terasa kepala ni berdenyut2..





Oh ya, 12hb Jun nanti suami ajak ke Kedah..ada kenduri kawen katanya :) Sy pun tak pernah berjalan2 ke sana. Baru2 ni sy ikut suami pulang ke JB. Dari Temerloh terus ke KL, kemudian terus ke Skudai, Larkin dan Kg. Melayu Pandan (rumah tok). Dalam perjalanan pulang dari JB kami singgah ke Ayer Keroh dan Banda Hilir, Melaka. Walaupun penat tapi seronok (^_^)


Nurul Farhana

0 comments: