Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*merapatkan hubungan*

(Gambar hiasan)

Secara umumnya, tidak ada masalah untuk melakukan hubungan intim ketika sedang hamil. Malah hubungan intim ketika hamil mempunyai kesan berlainan daripada biasa. Ini kerana ketika hamil, vagina mempunyai lebih lubrikasi dan cairan. Disebabkan lebih banyak pengaliran darah ke bahagian pelvis dan vagina, orgasme yang dialami akan menjadi lebih hebat.

Posisi Hubungan Intim Ketika Hamil

1. Woman on top.
2. Spooning (suami dan isteri dalam keadaan mengiring dimana suami berada di belakang)
3. Hands and knee (isteri berada dalam kedudukan merangkak)
4. Posisi duduk, isteri duduk di atas riba suami.

Apa yang penting, pastikan hubungan intim ketika hamil tidak memberikan tekanan atau beban kepada perut isteri. Buat isteri, jangan segan dan malu untuk berkomunikasi dengan suami ketika sedang melakukan hubungan intim. Namun, jika kamu (isteri) merasa tidak begitu selesa, banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual. Ini termasuk sentuhan fizikal, urutan, cumbuan, pelukan, ciuman, fingering dan mutual masturbasi. Paling mustahak, keputusan perlu dibuat bersama dan harus dipersetujui oleh kedua-dua pihak demi untuk merapatkan hubungan suami isteri :-)

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan di mana hubungan intim akan membahayakan kandungan, dimana isteri pernah mengalami keguguran atau pernah bersalin tidak cukup bulan, isteri mengalami masalah placenta previa (keadaan di mana plasenta menutup bukaan rahim), isteri mengalami pendarahan atau pasangan menghidap penyakit kelamin.



Nurul Farhana



1 comments:

ElyaElmo said...

ji sis..salam perkenalann...
tak berapa nmpak laa wording kat entry u...
kene skip bebeberapa patah perkataan..hu3