Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*ouchh*

17 Mei 2010 : Pemeriksaan bulanan di klinik :)



Alhamdulillah setakat ini sy tidak mengalami sebarang masalah, kandungan sy juga sihat dan aktif di dalam. Hari ini sy menerima suntikan kancing gigi. Agak sakit sedikit dan sengal2 nya masih terasa lagi.



Hari ini juga ada sambutan Hari Guru di sekolah bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa" dan setiap tahun guru wajib menyertai acara. Ohhh..sy masih boleh berlari menggelecek bola hoki bagi acara sukaneka ;-) Walaupun team sy kalah, namun kemeriahannya dapat dirasai. Buat semua warga pendidik : SELAMAT HARI GURU.



Nurul Farhana


0 comments: