Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*stretch marks*

(Gambar hiasan)

Sesetengah bakal ibu yang pertama kali mengandung seperti sy mungkin kadang-kadang terlepas pandang atau tidak perasan tentang hal ini. Stretch marks. Untuk melihat bagaimana lagi rupa stretch marks ni, bakal-bakal ibu boleh google sahaja :-) Untuk mengurangkan kesan ini atau untuk mencegah adanya kesan ini, sy menggunakan 2 produk di bawah. Alhamdulillah setakat ini kesan itu dapat dikurangkan terutamanya di bahagian pangkal ari-ari. Seelok-eloknya sapu selepas mandi (waktu pagi) dan sebelum tidur. Buat sapuan menyeluruh dari peha hingga ke bawah dada termasuk bahagian belakang pinggang. Kesan ini juga dapat dikurangkan jika kita banyakkan minum air kosong :))


1. Palmer's Cocoa Butter Formula



2. Bio-Oil




Nurul Farhana


8 comments:

deena awanis said...

i pakai lotion baby johnson je..alhamdulillah ok jugak..=)

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

kulit sy tak sesuai pakai johnson..dah pernah try..sebelum ni sy pakai nivea..ok jugak.. :-)

ANIEMZ said...

saya pakai bio oil je.. alhamdulillah, setakat ni tak der lagi strech mark..yg minyak 1 lagi tu akak pakai bile? oke tak minyak tu?

fyda_ibrahim said...

baru je beli cocoa butter tu.. wat msa ni xde stretch mark lg.. ;)

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[ANIEMZ] bio oil tu dah lama akak pakai sejak blum kawen..nak hilangkan parut2 kecik kat badan..yang cocoa butter tu akak baru pakai sebulan..biasanya akak pakai sebelum tidur..bio oil tu akak pakai lepas mandi :)

[fyda_ibrahim] bagus la..kena jaga kulit tau ;-)

`BaHa` said...

dulu pakai coco butter then dah abis 1 botol i tukar bio oil, my personal opinion bio oil memang effective..i start pakai bio oil bila dah ada strect mark di tempat tertentu hehe is not getting worsen, so ok la =)

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ said...

nieza pakai cocoa butter tu... ingt bile dh abis nk beli bio oil plak.. tp skang stretch marks takde lagi :)

kimmy said...

saya guna kedua-dua produk ni.Tapi masa hamil ni,paling kerap saya guna ialah palmer's cocoa butter tu.cepat serap walaupon mgkn baunya ada org tak selesa.alhamdulillah.sehingga minggu ke 36 hamil,tak ada strechmark kt perut ni.bio oil sya bwk kemana saja saya pegi.