Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*pergi tak kembali..al-Fatihah*

Hari ni genap 1 minggu jenazah arwah abah (ayah mertua) telah selamat disemadikan. Terasa seperti baru je lagi jumpa abah. Arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 19 Julai 2010 jam 1.30 pagi di ICU Hospital Ampang. Sy pulang ke KL pada petang 16 Julai. Keesokannya (17 Julai) sy dan suami melawat abah di hospital. Pada ketika itu abah memang sudah beberapa hari tidak sedarkan diri berpunca daripada demam. Pun begitu, abah sebenarnya sudah lama menghidap kanser. Jadi, ketahanan diri abah memang agak lemah.


18 Julai, sekali lagi kami ke hospital sebab kali ni abah dimasukkan ke ICU. Dan sepatutnya petang 18 Julai itu juga sy harus balik ke Temerloh sebab esoknya sy harus bekerja. Tapi entah kenapa hati ini rasa malas dan berat sangat nak balik. Jadi, sy bagitau suami sy nak balik sebelum subuh esoknya (19 Julai).


Lebih kurang jam 1 pagi (19 Julai) adik ipar datang ke rumah meminta suami segera ke hospital kerana keadaan abah sudah agak kritikal. Sy dan suami bergegas ke Hospital Ampang. Namun semuanya sudah terlambat, abah telah pergi tak kembali :( Mak sangat tabah dan kuat menghadapi pemergian abah. Agaknya itu adalah petunjuk dari Allah agar sy tidak balik ke Temerloh pada petang itu supaya sy dapat berada di sisi suami ketika abah menghembuskan nafas yang terakhir.


19 Julai jenazah arwah abah telah selamat disemadikan di Cheras Baru.


Sy dan suami sangat terkilan sebab anak yang bakal sy lahirkan tidak berkesempatan untuk bertemu abah. Namun, itu semua adalah ketentuan Dia Yang Maha Esa. Sy berharap semoga dengan kehadiran anak kami nanti bakal memberi sinar baru buat keluarga suami terutama mak :)

♥ Mak & arwah abah ketika majlis pernikahan sy ♥






..al-Fatihah buat abah, semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama golongan yang soleh..

Nurul Farhana

3 comments:

PrinCess_KoReA said...

takziah...buat family akak..tabahkan hati..

Ole-Ole Manis said...

takziah, semoga tabah menghadapi semua ketentuan ini.

Nad Nazira said...

takziah..waktu macam ni lah kene bagi full support kat husband kan..be strong, k..al fatihah