Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*yuhhuuu*

Cuaca agak kurang menentu sekarang membuatkan virus batuk dan selsema telah memilih sy sebagai perumah :(


Hari ni sekali lagi sy ke klinik untuk menikmati air gula yang urmmmmmmm..sungguh enak itu T_T Untuk mendapatkan resultnya sy terpaksa menunggu selama 2 jam (8.00-10.00pagi). Dan dalam tempoh itu juga sy terpaksa menahan lapar sehinggalah nurse selesai mengerjakan kerjanya. Setelah selesai semuanya, sy berjumpa doktor disebabkan sudah hampir seminggu sy batuk dan selsema. Dan apa yang sungguh menyeronokkan, sy dapat mc yuhhhhuuuu! (walaupun 1 hari sy tetap berasa happy sebab sy ni jenis yang skema bab-bab cuti ni..maklumlah SAYA YANG MENURUT PERINTAH!)


Setelah selesai kesemuanya hampir jam 12.00tgh, sy singgah makan (breakfast merangkap lunch). Kemudian sy pulang ke rumah terus meneguk ubat batuk yang dibekalkan. Tanpa berlengah lagi..zzzzzzzzzzzzz.. *twinkle twinkle little star*

Nurul Farhana

0 comments: