Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*11 hari lagi*

Hari ni rutin mingguan macam biasa. Masih harus ke klinik untuk pemeriksaan. Semua normal, cuma berat sy plak yang menurun. Isnin minggu lepas 70kg, hari ini 68.5kg. Hmm..mungkin disebabkan berpuasa. Pada mulanya risau juga tengok berat badan menurun, bukannya apa, risaukan keadaan baby. Tapi nurse cakap okay..normal.


Hari ini sy dah mula mengambil cuti. Sy mahu berehat di rumah sehinggalah tiba saat kelahiran :) 11 hari lagi..




**Ma dah tak sabar sangat mahu menatap wajah kamu dan mahu mencium kamu ♥

Nurul Farhana

2 comments:

`BaHa` said...

berat badan i pun dah tak naik dah.. normal la ek kot, as long baby gain weight rasanya ok..
bagus jugak kalau baby je naik, mak nye tak payah naik sgt hehe

moment said...

tahniah nana..
kang ko kat temerloh aku dtg melawat ye.. hikhik