Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*12 hari lagi?*

Okay, genap 5 hari sy berpuasa..alhamdulillah :) Perut kurang rasa lapar, cuma rasa dahaga yang membuak-buak! Boleh dikatakan setiap kali berbuka hampir 5 gelas air sy hentam. Wajib 1 gelas teh o panas, dan selebihnya minuman berais. Walllaaaa! Dan akibatnya, sangat susah untuk menghabiskan nasi.


Pejam celik pejam celik..12 hari lagi..namun, sebarang tanda-tanda sy masih belum alami. Sy masih tidur lena seperti biasa. Risau juga bila fikirkan, baby ni takmo keluar ke? Rakan-rakan seangkatan 'dia' semuanya sudah celik melihat dunia. Tapi 'dia' plak masih aman dan tenang di dalam. Cuma pergerakannya agak agresif sekarang mungkin kerana lapar.


Sy sedang menghitung hari. Harap-harap suami sempat pulang menyambut bersama kelahiran 'si dia' :)


Owhh..sekarang sy ketagih minum ini ~

+ = sedap !!!

Nurul Farhana

4 comments:

Nurhidayah said...

wah seronoknye... dah dekat tapi still rase ok lg. i ni due lambat lg, tapi dah tak blh tido malam dah huhu and ada contraction
experience masing2 ek.. hehehe

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ said...

cmner rasenye? tak penah try :)

Mrs Nageb said...

semoga selamat lah ya dear :)

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

[Nurhidayah] mmg still rase ok, but at da same time risau plak sbb takut nanti bila tiba masanya kena bersalin paksa sbb bb xmo kuar..silap2 kena cesarean..dah la bulan puasa ni energy mesti kurang nak push huhu..


[✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿] bg tekak sy sedap! ala2 cam rasa yogurt ^_^


[Mrs Nageb] thanks darl! :)