Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*25 days to go*

36 minggu

Pejam celik, pejam celik..sekejap je masa berlalu. Rasa cam baru je lagi sibuk dengan persiapan nak kawen..nah, sekarang tengah tunggu masa nak bersalin plak. 25 hari lagi. Itu pun kalau baby bole sabar tunggu hingga 27 Ogos nanti :) Kawan sy yang due nya 11 Ogos telah selamat melahirkan baby boy pada petang 30 Julai hari tu. Kiranya awal lebih kurang 2 minggu la dari tarikh jangkaan. Sy pun risau dan berdebar-debar juga. Namun, dalam masa yang sama perasaan teruja dan tidak sabar itu tetap ada. Apa yang sy harapkan adalah semoga semuanya dipermudahkan dan semoga baby lahir dalam keadaan sihat dan sempurna.


Sy masih boleh bertahan walaupun kadang-kadang sakit nakal-nakal tu datang terutama waktu malam. Sakit seperti senggugut :~) Baring mengiring ke kanan tak kena, ke kiri juga tak kena. Baring telentang apatah lagi. Bole lemas dibuatnya. Sy juga memang dah tak bole nak kawal kencing. Asal batuk, terbersin, gelak..siap lah. Nak bercanda tawa dengan suami pun bole terkencing. Blum lagi tengok suami buat lawak yang bole menyebabkan geli isi perut, terpaksalah sy meng'control' gelak agar tidak memudaratkan. Hmm..takpelah, demi anak tersayang yang semakin membesar di dalam, sy tau ruang untuknya semakin sempit dan terhad..'kamu' juga geli hati kan dengan lawak jenaka babah..sebab tu kamu menekan-nekan pundi kencing ma :) jadi, ma pasrah T__T


Namun, sebagai langkah pencegahan, sy menggunakan Poise.






Nurul Farhana



3 comments:

Mrs Nageb said...

saya juga menggunakan poise ye puan :)

Nad Nazira said...

ish..sampai gitu sekali? hehe. nakal la hubby farhana..kene kurangkan buat lawak..sianla farhana asyik nak ulang-alik gi toilet je..:)

Ole-Ole Manis said...

semoga selamat semuanya.. ;)