Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*berkongsi rasa*

Sana sini sy mendengar berita gembira daripada kawan-kawan seangkatan sy yang sudah selamat melahirkan permata hati mereka. Ada yang awal dari tarikh jangkaan, dan ada yang agak lewat sedikit. Tetapi kebanyakannya lahir di sekitar 36 - 39 minggu. Tahniah buat mereka semua :)


Sy pula bagaimana dan bila?


Sekarang sudah masuk minggu yang ke-37. Sebarang tanda yang seakan-akan mahupun hampir masih belum kelihatan. Walau bagaimanapun sy sudah bersiap sedia dengan semua kelengkapan. Mana lah tau kan tanda-tanda itu datang mengejut. Cuma pernah suatu malam beberapa hari lepas sy mengalami sakit perut memulas seakan senggugut yang teramat sangat lebih kurang 15 minit hingga menyebabkan sy menangis. Sejak hari itu tiada lagi sebarang kesakitan. Pergerakan baby juga seperti biasa. Namun, sy sudah dapat merasakan struktur tulangnya yang kuat. Owhhh..tak sabar mahu menatap wajah dan mencium permata hati sy sepuas-puasnya :) Sy pun sudah siap mengemas bilik agar si kecil selesa nanti bersama sy.


Dan lagi satu, kalau boleh sy berharap suami ada di sisi memberikan semangat ketika sy mahu melahirkannya nanti. Sy mahu suami merasai suasana dan berkongsi rasa bersama sy. InsyaAllah..

Nurul Farhana

2 comments:

Syima Emi said...

insya Allah . hopefully semua selamat kak

harzharun said...

semoga semua bjalan lancar & selamat yea dear..