Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*masih menanti*

2 hari lagi..hmmm..okay..okay..bb masih aman..langsung tiada sebarang rasa..


Kontraksi? TIADA..


Sakit pinggang? TIADA..


Sakit perut memulas? TIADA..


Kerap buang air besar? TIADA..


Kerap membuang air kecil? JARANG-JARANG..


Sakit di bahagian kelangkang? TIDAK begitu terasa..masih boleh berjalan laju dan berlari..


Keluar lendir? TIADA..



Namun, bb tetap bergerak aktif terutama bila sy duduk menonton tv atau ketika sy memandu..bila sy tidur, bb pun tidur..malah lebih lama dari sy.


Cuma sekarang ni, 4-5 hari kebelakangan ini, sy mengalami gatal-gatal di seluruh anggota tubuh badan hinggakan naik bintik-bintik merah..nurse cakap itu normal selagi bb belum keluar..
T__T

Nurul Farhana




2 comments:

Mrs Nageb said...

sabar ye...insyAllah tak lama lagi tuh.....mesti dah dup dap dup dap....semoga selamat semuanya :)

`BaHa` said...

saye yg masih 35 mggu ni memberikan semua jawapan 'Ya' pada soalan di atas. huhu nervous..