Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*saat itu*

Okay..sementara Hasif sedang lena diulit mimpi..ma mahu mengupdate blog sebentar :)

♥♥


Bagi setiap ibu atau emak, mama, mommy, umi pasti mengalami detik dan pengalaman yang berbeza untuk melahirkan zuriat mereka. Ada yang mudah dan ada juga yang agak sukar. Tapi, apa yang mampu sy katakan, sakitnya untuk melahirkan seorang anak amatlah tidak tergambar dengan kata-kata. Bagi sy ibarat mahu terputus pinggang dari badan.


Sy dijangka melahirkan Hasif pada 27 Ogos, namun Hasif sangatlah selesa berada di dalam kandungan sy hinggakan sy mengambil keputusan untuk di'induce' pada 30 Ogos. Sy gigih ke hospital bersama suami, emak dan abah sedangkan pada ketika itu sy masih belum mengalami sebarang kontraksi atau tanda-tanda mahu bersalin. Siap bawa kain baju segala bagai ke hospital mahu mendaftar diri. Apa yang berlaku? Sy telah dinasihatkan agar pulang ke rumah dahulu dan tunggu lagi 2-3 hari. Katanya sy tidak perlu di'induce' ini kerana kondisi sy dan baby sihat tiada sebarang masalah. Sy hanya perlu menunggu masa sahaja. Akhirnya, sy pulang ke rumah dalam keadaan yang agak hampa juga. Dalam masa yang sama hati sentiasa memohon agar Hasif segera mahu keluar dari 'dunia'nya.


:: 1 September ::


Selepas sahur, perut sy tiba-tiba sakit. Sakit seperti senggugut. Perut sy juga mula mengeras. Namun sy masih boleh bertahan. Sy masih boleh tidur. Kemudian, lebih kurang jam 9.30 pagi, sakit itu datang lagi. Sy membuat keputusan untuk ke hospital. Jam 11 pagi, kami ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Nurse mahu memeriksa 'jalan'. 'Jalan' telah terbuka seluas 3cm. Kemudian dipastikan pula oleh 2 orang doktor. Rasa mahu mengalir air mata. Namun, sy harus bertahan kerana ini baru fasa yang pertama.


Kemudian, sy ditahan di wad dan hanya perlu menunggu masa. Sepanjang hari suami menunggu di lobi hospital kerana dia hanya boleh naik ketika waktu melawat sahaja. Emak dan abah sudah pulang terlebih dahulu. Lebih kurang jam 4 petang, sy mengalami tanda-tanda mahu bersalin iaitu turun darah dan sangat kerap membuang air kecil, namun sy tidak mengalami sebarang sakit kontraksi lagi. Sy harus menunggu sehingga sakit kontraksi itu datang. Tunggu dan terus menunggu, hari sudah beransur malam. Suami juga masih setia menunggu di bawah. Akhirnya sy terlelap. Kemudiannya, sy terjaga jam 2.30 pagi kerana mahu membuang air lagi. Selesai membuang air, tiba-tiba sy rasakan perut sy sakit seakan mahu membuang air besar. Sy tidak boleh tidur lagi dan sy segera memberitahu nurse.


Dan..saat yang dinanti, saat itu telah tiba. Sy dibawa terus ke labour room pada jam 3 pagi. Doktor juga telah memecahkan air mentuban. Selang 15 minit, sy mengalami kontraksi buat pertama kalinya. Suami juga berada bersama sy menemani sy seadanya.


Sakit?

Ya!

Sangat sakit!

Suami berterusan memberi kata-kata semangat dan cuba menenangkan sy.


Kontraksi semakin kerap. Selang 1 minit. Sy sudah tidak mampu untuk menahan. Ibarat seperti mahu putus pinggang. Jam 4.15 pagi, fasa yang terakhir. Semua kelengkapan dan para jururawat telah bersedia. Seluruh kudrat sy kerahkan. Sakitnya tidak tergambar dengan kata-kata. Kekadang terasa seperti mahu berputus asa. Demi anak yang tersayang, sy teruskan usaha. Dan pada jam 4.47 pagi 2 September, lahirlah Hasif Fahimi bin Mohd Hafiz (3.31kg).


Hasif diletakkan di atas dada sy, namun terus terang sy katakan sy tidak mempunyai sebarang rasa pada ketika itu disebabkan kesan rasa sakit yang teramat sangat. Suami diarahkan keluar, kerana nurse mahu menjahit luka. Dan sekali lagi. Ya Allah! Sakitnya tidak dapat ditahan. Sakit dijahit lebih azab berbanding sakit bersalin. 40 minit sy menahan azab sakitnya dijahit. Sy juga tak henti-henti mengerang kesakitan sambil mulut menyebut "Ya Allah! Sakitnya"..


Setelah selesai kesemuanya, tekanan darah sy tiba-tiba naik mendadak akibat trauma. Nurse memberi sy minum. Rasanya seperti milo. BP sy diperiksa lagi. Masih tinggi. Akibatnya sy ditahan selama hampir 4 jam sebelum dihantar ke wad akibat trauma.


Ketika suami datang menjenguk barulah sy berasa sedikit tenang. Sy ditahan di wad selama 1 hari. Pada 3 September, sy dibenarkan pulang :)




Nurul Farhana

7 comments:

nurul aziyana said...

pengorbanan seorang ibu..betapa besarnya..
takut pulak bc cerita farhana ni..huhuhu lepas ni my turn plak..harap2 dipermudahkan..erm betul la org kata sakit jahit lg hazab...adoi

Reen Tart Nenas said...

nana, tahniah. akhirnya dah keluar si chomel itu :) tahun nie beraya, amik bau rendang je la yer :D

Mrs Nageb said...

Masya Allah...sangat rasa teruja dan nervous...semoga dipermudahlan segala..amin..

kucincomey said...

wahhh... so cute laa hasif.. berbaloi kan menahan sakit.. bile dah tengok muke comel baby, mesti hilang semua sakit.. (pandai² je nih, kawin pun belum lagik.. hahaha)..

btw, congrats..
:)

Reen Fredo said...

awak, tahniah yer.. da selesai melahirkan..
selamat berpantang! hasif comel sgt! kiss sket kt dia.. muachhh!

rose said...

tahniah atas kelahiran putera sulung..sesungguhnya pengorbanan seorang ibu tidak terhingga..semoga segalanya dipermudahkan dan moga hasif menjadi anak yg soleh..amin..

eiza said...

:D. Hebatkn kita sebab dpt jd seorg ibu, dgn susah payah. Rasa bangga sgt2, ceh biarlah org nak kata apa. plg best smpai berjaya menjatuhkan airmata seorng lelaki.:D

Ya Allah, berpantang lebih ngeri dari bersalin, kena jahit pun lebih ngeri dari bersalin. Next time, awk try set NR plk. alhamdulillah sy x sembelit pun & badan rasa ringan je.