Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*tidur siang*

Okay, berbalik kepada entry sebelum ni (tak sempat nak taip panjang2 sebab Hasif dah pun mula nak 'start engine')..Hasif agak susah atau kurang lena tidur di siang hari sekarang ni..paling lama pun 45 minit - 1 jam..itupun bernasib baik dan dengan syarat mesti ada seseorang di sisinya sebab dia bole hidu bau ada orang atau tak..


Awal2 dulu Hasif banyak tidur, tak kira la guruh kilat ribut dan taufan melanda sekalipun, matanya tetap tertutup rapat..betul2 lena..nak kejutkan untuk menyusu pun dia buat tak endah..dan malamnya pula Hasif akan berjaga sebab puas tidur siang.


Sekarang, tidur siang Hasif sudah tidak selena dan sepuas dulu. Hasif mudah terjaga. Baru 5 minit tidur, dia akan terjaga. Kadang2 sy ingatkan dia dah tidur lena, sy pun baru nak tinggalkan dia sekejap, dia dah pun terjaga. Bila sy temankan dia, punyalah lama nak tunggu dia lelapkan mata. Bila tak kena cara, dia akan menangis.


Namun begitu, nasib baik tidur malam Hasif sudah beransur okay dan sy tidak perlu berjaga terus-terusan. Sy hanya berjaga untuk menyusukan dia sahaja. Namun masih perlu bangun 3-4 kali juga :-) Hasif suka tidur mengiring ke kanan mengadap sy dan Hasif hanya akan tidur sekiranya sy ada bersamanya. Jadi, waktu malam memang tiada masalah sebab sy pun bole tidur sekali. Yang menjadi masalah adalah ketika waktu siang.


Bagaimana sy mahu pastikan Hasif benar2 lena tidur di siang hari? Hasif tidak boleh bergantung tidur malam semata2. Dia perlukan tidur siang juga :-)

Nurul Farhana

2 comments:

Nadya said...

oh baby kite serupa la..die boleh tau bile xde org dkt die.padahal sblm tu mmg dh nyenyak tdo.boleh terjaga n terus nanges jerit2.huhu dan mmg mase petnen dulu tido lena takde masalah..bile baby keluar, xlena langsung..dari lahir sampai dah 4 bulan skang ni, paling lame die tido siang 2 jam.tu pun jarang gile.malam paling lame 4 jam.boleh kire la bape kali tu.salunye 2,3 jam bgn utk bg susu..tido nak dodoi,bile letak je nangis minta peluk n dodoi..kene dukung je la sampai sakit pinggang.dah la nk dekat 8kg skang ni..

skang ni dah latih die tido dlm bouncer.dan kene bedung baru lame nk tido.kalau tak asyik nk mengeliat dan gosok2 muka sampai terjaga dr tido.pastu ngamuk sbb tido terganggu..haha macam2 kan ragam baby ni..yg penting kene byk sabar dan cuba la letak dlm bouncer atau swing.

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

Hasif xmo kena bedung..dah try byk kali bedung dia..dia punya marah menangis meneran sampai merah padam muka..nak tak nak skrg ni kami belikan buaian utk dia..ramai org ckp buaian x elok utk baby tp nak buat mcmana klu x dia xmo tidur.. :-( sy pun xde la buai dia kuat2..buai agak2 dia rasa cam kena dodoi je..siang je sy letak dlm buaian, mlm tidur atas katil..mcm2 ragam..