Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*babah..chakk!!*

Hari ni sy dah nekad mahu cukur rambut Hasif sebab kepala dia dah mula berkerak. Tak mahu tunggu lagi. Lebih senang dan mudah buat sendiri daripada mengharapkan orang. Tunggu punya tunggu lagi, rambut pun dah semakin panjang dan mencacak. Kesian Hasif tak selesa bila cuaca panas. Dia mudah berpeluh. Dia pun rimas bila rambut dah semakin panjang.


* Kejutan untuk Babah..hihi :p


5 comments:

mamaleen said...

cutenya... suka gambar dia kt FB..

cinta_north2south said...

Uihhh...you botakkan sendiri kepala Hasif? beraninya! kagum la. i nak potong kuku zaheen pun takut2..hehehe

khairulhaya said...

alhamdulillah..da selamat melahirkan baby yg comel n sihat..tahniah farhana n suami..

blog ni semakin ceria sejak kelahiran hasif..

eiza said...

awak mmg fully breasfeed fahimi ke?

Reen Tart Nenas said...

nana, anak ko makin gebu! sgt commelll. geram pipi die...