Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*warna najis*




Kesihatan Bayi Melalui Warna Najis


Kuning
Warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapat penyusuan ibu semata-mata, tiada campuran dengan susu formula. Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik (susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmik (susu dari bahagian belakang payudara ibu).


Hijau
Masih dikategorikan normal. Tetapi jika warna ini berterusan, ia menunjukkan anda menyusukan bayi dengan cara tidak betul (yang dihisap bayi hanya foremik). Keadaan ini berlaku kerana pengeluaran susu melimpah disebabkan bayi kerap menghisap susu bahagian hadapan terlebih dahulu yang mempunyai kandungan gula dan laktosa tetapi rendah lemak. Hal ini menyebabkan bayi cepat lapar semula dan susu bahagian belakang yang mengandungi banyak lemak akan dihisap selepas foremik habis sedangkan hindmik (bahagian belakang) yang menjadikan najis berwarna kuning.


Merah
Boleh disebabkan adanya titisan darah bersama najis. Darah ini mungkin datangnya dari bayi atau dari ibu yang terhisap semasa proses bersalin. Jika darah itu datangnya dari ibu atau bayi, maka najis akan berwarna hitam dan hanya berlaku selama sehari dua selepas bayi dilahirkan. Jika darah tersebut bukan dari ibu dan bayi sendiri, berkemungkinan lain adalah alergi susu formula atau bayi mengalami masalah usus tersumbat. Ibu boleh segera mendapatkan pemeriksaan dan khidmat nasihat doktor.


Kelabu
Warna ini dianggap tidak normal dan anda harus segera membawa bayi anda berjumpa doktor. Warna kelabu menunjukkan terdapat gangguan serius pada hati, hempedu dan usus bayi.


** Bentuk Najis **
Selepas dua hari dilahirkan, bentuk najis adalah lembik kemudian sedikit bergumpal seperti jeli, padat, berbiji dan mungkin juga sedikit cair. Najis bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya berbentuk krim, berbiji dan agak cair.

Nurul Farhana

0 comments: