Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.




*episod baru*

Alhamdulillah..akhirnya permohonan pertukaran sy dari Pahang (tanah tumpahnya darahku) ke W.P Kuala Lumpur (tanah tumpahnya darah suamiku) telah berjaya :) Berdebar-debar nak tengok result. Berdebar mengalahkan nak tengok result exam. Maklumlah sebab permohonan sebelum ini gagal. Sanggup tidur lewat sikit dari kebiasaan semata-mata nak tunggu jam 12.01 pagi (15 November). Tunggu punya tunggu dan ini keputusannya..



(klik untuk tumbesaran)

Maka, cuti sekolah ini sy dan Hasif akan pulang dan terus tinggal bersama babah di KL. Bermulalah episod kehidupan kami tiga beranak :) Semoga segala urusan kami dipermudahkan.


*suntikan imunisasi*

Hasif Fahimi (2 bulan)



Hari ni sy bawa Hasif ke klinik untuk suntikan 2 bulan mengikut temujanji yang telah ditetapkan. Tetapi, agak menghampakan sebab tiba-tiba nurse cakap, dos untuk suntikan 2 bulan tiada stok. Jadi, Hasif tidak diberikan suntikan. Nurse suruh datang semula 2hb Disember nanti. Masa tu Hasif sudah 3 bulan. Hmm..takpe ke kalau Hasif tak diberi suntikan 2 bulan? Risau plak..





"H for Hasif"





2 bulan sudah umur Hasif. Rasa sekejap je masa berlalu. Percaya tak Hasif sudah pandai menyebut "Ma..ma". Rasa bangga plak walaupun sy tau anak orang lain pun mungkin macam tu :) Semalam sy ajar Hasif ABC. Hasif cuma pandai menyebut "A"..yang selebihnya hanyalah "uuuu-ahhh-eehhhh-oooo-grrrr-eh-eh" Hasif juga sudah banyak berjaga sekarang. Dia suka diberi perhatian dan bermain. Dia suka bila kita berbual-bual dan memuji dia. Senyumnya bukan main. Kadang-kadang dia akan tergelak kuat bila diagah-agah. Tak sabar nak bawa Hasif pergi bercuti. Ma dan Babah Hasif belum sempat honeymoon lagi tau.