Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*episod baru*

Alhamdulillah..akhirnya permohonan pertukaran sy dari Pahang (tanah tumpahnya darahku) ke W.P Kuala Lumpur (tanah tumpahnya darah suamiku) telah berjaya :) Berdebar-debar nak tengok result. Berdebar mengalahkan nak tengok result exam. Maklumlah sebab permohonan sebelum ini gagal. Sanggup tidur lewat sikit dari kebiasaan semata-mata nak tunggu jam 12.01 pagi (15 November). Tunggu punya tunggu dan ini keputusannya..



(klik untuk tumbesaran)

Maka, cuti sekolah ini sy dan Hasif akan pulang dan terus tinggal bersama babah di KL. Bermulalah episod kehidupan kami tiga beranak :) Semoga segala urusan kami dipermudahkan.


5 comments:

♥ balkidz_hunny ♥ said...

salam dear :)
selamat mengharungi episod baru!
seronoknya dapat posting KL :D
semoga ibu, baby & ayah nya sentiasa sihat!

btw, i linked u okeh!
boleh share experience if sudi :)

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

salam balkidz :) thanks sbb sudi nak link & share xperience..btw, congratss sbb x lama lagi awk plak bakal jd mommy ^_^

Reen Tart Nenas said...

wah nana. sudah pindah ke KL yer... ko dpt ngajar mana? dekat ngan umah ke...?

`BaHa` said...

wah tahniah! seronok la lepas ni blh tggl sekeluarga serumah hehe

yienjr said...

nana pindah ke sekolah mane? welcome to KL (^_^)