Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*after a year*

5 Disember 2009 - 5 Disember 2010

Entry kali ni sepatutnya sudah di'publish' lama. Tetapi disebabkan tiada internet connection, maka sy pun menyepi. Kalau kat rumah mak abah boleh online 24/7 sebab guna streamyx. Walaupun kadang2 tidak berkesempatan nak online tapi laptop still on. Sekarang sudah ada broadband sendiri ^_^ So, boleh la online masa Hasif tidur. Bukannya apa..bosan juga bila Hasif tidur, kerja rumah pun dah beres tapi tak tau nak buat apa kan?


Hm..sudah hampir sebulan sy menguruskan anak teruna sy Hasif Fahimi seorang diri tanpa bantuan mak lagi. Mula2 risau juga. Yelah kan bila dengan mak, kalau Hasif menangis mak boleh tolong tengok2kan. Tapi syukur sebab Hasif pun seolah-olah memahami bila tinggal berdua je dengan sy. Dia pun okay. Menangis tu menangis juga tapi biasanya Hasif akan menangis bila dia terlampau mengantuk tapi cara nak tidurkan dia tak kena, atau dia nak tidur tapi mungkin ada 'gangguan' lain yang kita tak nampak. Sebab lain setakat ni takde. Hasif pun alhamdulillah belum pernah demam atau kembung. Malam, tidurnya sangat lena. Cuma sy tetap akan bangun antara pukul 1 atau 3 pagi untuk susukan Hasif walaupun Hasif sedang tidur. Dan sekali lagi antara pukul 5 atau 6 pagi. Jika pukul 1 atau 3 sy bf Hasif, maka pukul 5 atau 6 sy akan buatkan susu formula. Bekalan susu sy tidak cukup untuk mengenyangkan Hasif.


Siangnya, Hasif akan bangun pukul 7 pagi waktu babah nak pergi kerja. Kemudian tidur semula dan bangun antara pukul 9 atau 10. Waktu mandi Hasif pula antara pukul 10 atau 11. Bergantung pukul berapa Hasif bangun. Lepas mandi Hasif wajib menyusu. Kemudian sy akan biarkan Hasif layan perasaan depan tv sementara sy breakfast atau buat mana2 kerja rumah yang patut. Lebih kurang pukul 12 tengah hari Hasif mula mengantuk dan tidur. Tempoh tidur Hasif tak tentu. Ada masanya setengah jam je, ada masanya 1 jam atau 2 jam. Bangun menyusu lagi. Layan Hasif borak2 sekejap. Hasif tengok tv lagi. Sy siapkan kerja rumah. Memasak pun ala kadar je. Dalam pukul 3 atau 4 petang, Hasif akan tidur lagi tapi tak lama. Pukul 5 dan ke atas Hasif mesti berjaga sebab tunggu babah balik. Bila babah balik Hasif mesti dah siap mandi. Bila babah cium Hasif mesti wangi :) Hasif akan teruja bila dengar suara babah. Giliran babah plak layan Hasif. Ma mahu rehat sekejap :p Dan malam, Hasif akan tidur antara pukul 9 atau 10 ke atas. Tapi sekarang Hasif sudah pandai berjaga dan tidur lewat.


Begitulah rutin Hasif Fahimi bila tinggal dengan sy :) Tak elok sangat kan biar anak tengok tv? Tapi nak buat macamana. Kalau tak, tak buat kerja rumah lah sy. Sy pun bukannya ada bibik nak tolong kemaskan rumah atau tolong masak..huhu~


5 Disember lepas, genap setahun sy bergelar isteri. Setahun kami bersama dan syukur kami juga punya anugerah yang tidak ternilai ini..Hasif Fahimi.

♥ Hasif Fahimi 3 bulan ♥

2 September - 2 Disember 2010




4 comments:

♥ balkidz_hunny ♥ said...

baru ingat, date anniversary kita same.

HAPPY BELATED ANNIVERSARY FARHANA :D
semoga kekal bahagia ke akhir hayat lagi2 bersama baby :)

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

thanks ♥ balkidz_hunny ♥ ^_^ Happy Belated Anvrsry untuk awk juga ;-)

SRSY10 said...

comeyy tul hasif...weii, geram koi:)

Nurul Farhana Abdul Wahab said...

mekacih aunty syiah :)