Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*aqiqah & cukur jambul*

Sudah agak lama tidak meng'update' blog huh! Kemahuan itu ada, namun kesempatan itu tiada. Sibuk menguruskan rumah tangga sejak cuti sekolah bermula. Jadi suri rumah tangga sepenuh masa gitu. Dan menjadi ibu sepenuh masa buat Hasif :) Masih banyak perkara yang perlu dipelajari sebab kadang2 sy terfikir sy masih belum cukup sempurna dan terbaik buat Hasif.


Okay, sy sedang berkira-kira mahu menyediakan persiapan untuk majlis cukur jambul Hasif. Abah bercadang mahu mengadakan sekali majlis cukur jambul Hasif Fahimi dan Ungku Yusra Insyirah bersama majlis perkahwinan sepupu sy Joen Hamzah & Farouq Zauji pada 22 23 Januari nanti. InsyaAllah..

♥♥

Idea : Takeaway box ( JajaKraf.com )



Idea : Polka Dot Box (Sumber : Google)


Idea : Its A Boy Its A Girl Favor Bag ( House of Favors )


Idea : Organza Favor Bag ( House of Favors )




1 comments:

♥ balkidz_hunny ♥ said...

semuanya comel.
HEHE. jangan lupa jemput i kalau buat baby shower eehh..
(tak malu!! ) :D