Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*daddy's boy*

2-3 hari kebelakangan ni, Hasif dah pandai berjaga dan tak nak tidur awal. Kalau dulu Hasif akan tidur paling lewat pun pukul 9 malam, sekarang pukul 11 pun belum tentu Hasif akan tidur. Nak kata siang dia banyak tidur tak juga. Tambah tolak jumlah dia tidur siang paling lama pun 3-4 jam (total).


Malam semalam Hasif menangis tak henti2. Menangis macam kena dera :-( Puncanya dia merajuk kot sebab babah dia keluar sekejap pergi beli gula. Masa babah balik dari kerja Hasif tertidur, bila Hasif bangun babah plak nak keluar. Apa lagi puas la sy pujuk dia. Bila Hasif menangis semua pun dia tak layan kecuali sy buat bunyi 'brrrrrrrr' dia akan diam. Diam gak la sekejap. Lepas tu sambung balik. Lebih kurang pukul 11 lebih sy mahu tidurkan dia, sekali lagi dia menangis semahu-mahunya. Nasib baik ada babah, babah pujuk Hasif. Babah layan Hasif main2 sekejap. Mulanya Hasif jual mahal, langsung tak nak pandang babah. Pujuk punya pujuk, Hasif pun okay :) Tapi itulah, bila Hasif dah okay senyum2, babah plak sibuk nak tengok tv. Layan Hasif sambil lewa. Hasif rasa terabai, dia pun menangis lagi :-( Dan kesudahannya, sy juga la yang cuba pujuk Hasif dan tidurkan dia. Ma sampai sakit tekak dodoikan Hasif supaya dia senyap dan tidur sebab suara Hasif lebih kuat dari ma.


Hasif seharian tak jumpa babah sebab babah kerja, jadi apa salahnya babah luangkan masa lebih sikit untuk Hasif bila babah balik kan? :)






(Gambar hiasan)


0 comments: