Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*ikhlas*

Sy ada terima emel bertanyakan kenapa tak boleh drop comment di blog sy. Bukan niat sy tidak mahu menerima comment secara rambang, tetapi sy hanya buka kepada orang2 tertentu sahaja. Sy lebih suka orang yang ikhlas memberi pandangan. Tujuan blog ini adalah untuk berkongsi pandangan, idea, komen, pendapat dan kata2 penambahbaikan. Bukan tujuan menjatuhkan. Kalau kita betul2 ikhlas untuk memberi komen, kita tidak akan menggunakan 'anon' sebagai pengganti diri kan? :)

0 comments: