Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*pilihan ibu-ibu*

Sy suka mencuba pelbagai jenis diapers untuk Hasif tak kira mahal atau murah baik Mamy Poko, Huggies, Pet Pet, Fitti, Drypers, Pampers, Hey Baby, Shee Shee..kebanyakannya sy dah cuba. Sy cuba cari Diapex tapi sampai sekarang tak dapat2 saiz S untuk Hasif. Setelah mencuba pelbagai jenis diapers, sy memilih Mamy Poko, Huggies dan Pet Pet :) Sy pakaikan Hasif Mamy Poko untuk malam, atau ketika perjalanan jauh, atau ketika sy bawa Hasif keluar berjalan2-shopping. Bukannya apa, Mamy Poko agak mahal jadi membazir je sy rasa untuk pakaikan Hasif pada waktu siang. Bila siang, sy pakaikan Hasif Huggies atau Pet Pet. Kadang2 sy pakaikan Hasif cloth diapers juga. Tapi bila Hasif pakai cloth diapers, rasa macam tak kena plak pakaikan Hasif seluar. Jadi, cloth diapers sy pakaikan bila di rumah sahaja :)


Sy suka Mamy Poko, Huggies dan Pet Pet sebab sy suka velcro tape nya. Yang lain2 sy kurang berkenan sebab mudah melekat pada kulit Hasif bila ditanggalkan. Ada plak jenis yang pelekatnya sangat kuat sampai sy kena guna losyen untuk tanggalkan bila dah melekat pada kulit Hasif. Sy juga mengambil kira potongan dan serapannya. Pilihan terletak di tangan kita sebagai ibu buat anak2 kan? :)

Hasif in cloth diaper


1 comments:

Fiza Z. Abidin said...

Pet pet tu bagus sgt2 dear...tgk anak sedara sy dua2 pakai pet pet..and yes, akak sy pun ckp benda yg sama..utk mamy poko tu guna bila travel jauh jer supaya baby tak kene ruam kan.

good choice sis :)