Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*alhamdulillah*

Selepas mengadu kepada emak tentang masalah serius yang sy ceritakan dalam entry sebelum ini, emak mengesyorkan sy minum dan makan tablet susu kambing. Alhamdulillah..selepas 3 kali sy mengamalkan minum dan makan tablet susu kambing setiap hari, hasilnya sy tidak lagi mengalami masalah tidak dapat mengawal pembuangan air kecil :) Tetapi sy masih harus segera ke tandas. Tidak boleh tunggu lama2 namun masih boleh bertahan. Apa2 pun terima kasih emak! InsyaAllah sy pun bakal jadi emak juga *wink*

Kebaikan susu kambing HiGoat --> klik sini :)

Nurul Farhana

*serius*

Sekarang ini kondisi badan sy dah mula beransur okay :) Tetapi sy masih perlu muntah 1 kali sehari. Kalau tak, badan rasa lain. Rasa angin tak keluar dan perut rasa mual.

Lagi satu masalah yang sy hadapi sekarang ini adalah masalah tidak dapat mengawal air kencing. SERIUS. T_T . Jika sy terasa mahu membuang air kecil, sy perlu (WAJIB) segera ke tandas! Kalau tak, sy akan terkencing di situ juga. Pada waktu malam semasa tidur juga sy mengalami masalah ini. Sangat mengganggu
:(
Lebih bermasalah jika sy sedang memandu. Sy memang tidak boleh tahan lagi. Automatik 'ia' akan terkeluar dengan sendirinya walaupun sy sedaya upaya mahu menahan. Sebagai langkah pencegahan, sy terpaksa memakai pad setiap hari. Ketika mengajar juga sy terpaksa bergegas ke tandas. Ada tak sesiapa tahu cara untuk mengelakkan rasa ini? :(

Nurul Farhana

*Selamat Pengantin Baru*






Hari ni kawan baik sy Siti Rosiah bt. Mohamed telah melansungkan perkahwinannya :) Sangat gembira bagi pihak dia. Tapi ralat sebab tak sempat bergambar dengan pengantin. Sy terpaksa pulang awal tadi disebabkan perut mula rasa mual. Risau muntah di sana :,( Di sana juga sy telah bertemu dengan kawan-kawan baik sy semasa sama2 menuntut di KUSTEM (UMT). Hanya sempat bergambar dengan Fairuz dan Aishah. Owhh..kelihatan perutku sudah mula menonjol.

Nurul Farhana

*buah-buahan untuk sy*



Sumber : Google

Sekarang baru sy perasan, udara di dalam bilik tidur sy ini boleh menyebabkan sy termuntah :( Sy sudah tidak boleh bernafas di dalam bilik. Makin menjadi2 rasa mual ini jika sy pasang air-cond atau kipas. Sy perlukan kawasan terbuka. Sejak kebelakangan ni, sy semakin kerap muntah. Sy juga perlukan buah-buahan kerana selera makan sy terhadap nasi sudah hilang.

Nurul Farhana