Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*terapi*












Sy cuma nak berkongsi satu tips atau terapi khas buat ibu2 mengandung..ececeh..cam pakar plak ye :p Takdelah, cuma tips atau terapi ni sangat berkesan buat sy. Serius berkesan! :) Terapi ni sangat mudah dan simple. Tak perlukan belanja dan kos yang mahal. Terapi apa? Terapi ini melibatkan air. Ya! A.I.R = air, atau dalam bahasa inggerisnya W.A.T.E.R = air.


Okay, terapi yang sy maksudkan adalah terapi mandi pagi :) Sy tau semua pun mandi pagi sebab semuanya pun dah besar panjang kan? Jadi tak perlu disuruh2 lagi. Cuma terapi yang selalu sy amalkan ni terutama pada hari2 bekerja, adalah mandi pagi seawal jam 6.00 pagi (sy tau ada di kalangan kamu yang mandi lebih awal dari sy bukan?). Mandi bukan sebarang mandi, sy mandi dengan air takungan atau dengan kata lain air kolah..air yang sangat dingin. Air yang telah sy takung dari malam sebelumnya. Jadi, kamu dapat bayangkan betapa syejuknya air itu. Serius sangat syejuk..agagagagaga.. Jadi untuk mengelakkan rasa syejuk itu 'menterkejutkan' anggota tubuh badan kita, mandilah dengan memulakan jirusan dari kaki, naik ke betis, paha, seterusnya perlahan2 jirus ke badan :) Tidak dinafikan jirusan pertama ke anggota tubuh badan sangatlah sejuk dan bole membuatkan kita rasa tak nak mandi lagi dah, tapi percayalah..hasilnya sangat memuaskan dan sangat memberi kesan. Ia nya bole meningkatkan daya dan tenaga untuk bekerja. Malah, membantu untuk menghilangkan rasa mengantuk.


Sy tau ramai juga di kalangan kamu atau kebanyakan orang memilih untuk mandi dengan air suam atau air hangat atas alasan sejuk di waktu pagi. Sy tak nafikan mandi air hangat juga bagus, tetapi sebenarnya ia bagus untuk tubuh badan kita setelah kita penat seharian bekerja. Air hangat sangat sesuai untuk merilekskan diri dan merehatkan tubuh badan. Sesuai di kala malam saat kita mahu berehat dan seterusnya tidur. Bertambah sesuai jika berendam merasa kehangatan air di dalam tub bersama sang suami *wink wink*

Nurul Farhana

*that day* - cake


Nurul Farhana

*that day* - 'hantaran'



Entry ini sepatutnya sudah lama dahulu. Sekarang sudah agak basi kot. Namun demi untuk memenuhi beberapa permintaan rakan-rakan yang bertanyakan tentang hantaran perkahwinan sy dahulu melalui emel dan sms, sy paparkan dalam entry kali ni *wink wink*


Hantaran sy sangatlah mudah dan simple. Sy menempah bunga dip itu melalui satu blog yang pada mulanya sy sangat kagum dan percaya. Tapi sekarang sy TIDAK suggest kamu untuk menempah melaluinya. Ini kerana, (Wah! Ayat BM standard PMR gitu.) sy sangat kecewa! ..bunga pahar yang sy tempah bersama katanya telah rosak dan hancur..hancur bersama harapan sy dan yang paling menyakitkan hancur bersama DUIT sy T_T. Serius sy sudah bayar sepenuhnya seperti yang diminta pada awalnya kerana sy terlalu percaya dan kagum dengan hasil usahanya. Lagi 3 hari menjelang majlis, dengan enaknya dia berkata bunga pahar sy telah musnah dan rosak sama sekali. Duit telah habis dibayar. Apa lagi yang harus sy katakan?


Jadi, kepada kamu yang bakal berkahwin berhati-hatilah memilih atau menempah barangan melalui internet atau mana-mana blog. Jangan mudah percaya dan terpedaya.


*Hantaran yang diberi kepada pihak lelaki 9 kesemuanya, yang dipaparkan hanyalah 8 sebagai gambaran untuk memberi ilham buat sesiapa yang berminat :)

1. Buah-buahan
2. Chocolate
3. Set penjagaan diri
4. Jam tangan
5. Kemeja & seluar
6. Wallet & tali pinggang
7. Al-Quran & tasbih
8. Sireh junjung
++ 9. Kasut

 
Nurul Farhana

*tadaa-tadaa*

Hari ni sy dan suami gi klinik scan baby. Sejak dari mimpi hari tu sy jadi semakin tak sabar untuk tau jantina baby kami ^-^ Akhirnya....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaa ...
.................
.......................
...........................



















..its true :) i saw his 'burung' hihi :p


Nurul Farhana

*mimpi*

Malam tadi sy bermimpi :) Mimpi my baby was a boy.. Tak sabar mau scan. Tapi suami bilang tunggu dulu sebab dia pun mau tengok juga ;-)





Sumber : Google


Nurul Farhana

*teruja*

Hari ni ada appointment bulanan dan rutin timbang berat badan di klinik adalah WAJIB. Dan jeng..jeng..jeng..seperti yang telah diduga. Berat sy kini 59kg ;-) Sy dah tak kisah lagi tentang berat badan yang kian meningkat. Apa yang penting kandungan sy sihat dan sy pun sihat. Alhamdulillah kami berdua sihat mengikut kata nurse :) Sy juga tidak mengalami sebarang alahan atau apa-apa masalah yang menyukarkan pergerakan harian dan tidur malam sy.


Oh ya, pesanan sy buat semua ibu2 mengandung, perkara yang paling penting adalah jaga pemakanan. Elakkan mengambil makanan yang berangin dan elakkan memakan kacang parang kerana ia boleh mengakibatkan baby yang bakal dilahirkan mengalami alahan.

Sumber : Google







*Perasaan teruja kini sudah membuak-buak mahu membeli barangan baby. Semalam ke Ampang Point, sangat geram tengok barangan baby yang semuanya choooooooomel!

Nurul Farhana

*i'm not fat, i'm just pregnant*





Sumber : Google


Alhamdulillah kandungan saya sudah mencecah bulan yang keempat dan kami berdua sihat :) Cuma sy belum tahu jantinanya lagi. Biarlah rahsia..hehe..padahal sy sangatlah tidak sabar mahu tahu.. :,) Barang-barang baby pun kami belum beli sebab suami cakap sabar dulu..jangan terlampau excited..hihi :p


Owhh..berat sy naik lagi..kini 57.5kg..ommak aiiiii!!..


53.5kg -> 55.5kg -> 57.5kg -> ??


Sekarang sy tiada masalah pemakanan lagi..sy pun baru beberapa minggu berjinak2 minum Anmum Materna (2 gelas sehari) walaupun baunya kurang menyenangkan..serius macam bau karat :,) Sebelum ni sy mengamalkan minum susu kambing HiGoat.


Dan sekarang ini juga sy sudah mulai tidak tahan panas..uuhuuuu..setiap hari sy rasa panas..berpeluh2..kalau dulu di peringkat awal kehamilan, sy tidak tahan dengan air-cond mahupun kipas..nah, sekarang ni mereka adalah segala2nya!..rasa bahagia bila bersama mereka (^_^)v hihi~

Nurul Farhana