Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*let go*

- SOLD to Wawa -




Sudah tiba masanya sy melepaskan kesemua item di atas. Sy akan berpindah rumah tidak lama lagi. Jadi sy mahu mengemaskini kesemua barang yang ada untuk keselesaan sy dan anak sy nanti..insyaAllah :) Jadi kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi sy di : nurulfarhana.abdulwahab@gmail.com



P1 Campuran warna kuning dan putih susu (saiz L) & warna kuning (saiz M) - RM18.00 setiap satu
P2 Warna putih susu (saiz S) - RM 5.50 setiap satu
P3 Warna putih susu (saiz M) & warna kuning (saiz S) - RM12.00
P4 Warna kuning terang (saiz L) - RM7.00
P5 Warna biru gelap seakan hitam (saiz L) - RM7.00 setiap satu


Entri terdahulu : Pomander ball

Nurul Farhana

*65 days to go*


Terasa cepat masa berlalu. 30 minggu sudah :) Dan berat si ibu juga telah bertambah. 65kg. Dan apa yang mengecewakan, tekak ini sudah tidak boleh menerima susu Anmum lagi. Rasa loya.



:-(



Jadi buat masa ini sy menggantikan dengan susu Dutch Lady dan susu kambing sahaja :,)



Nurul Farhana

*stretch marks*

(Gambar hiasan)

Sesetengah bakal ibu yang pertama kali mengandung seperti sy mungkin kadang-kadang terlepas pandang atau tidak perasan tentang hal ini. Stretch marks. Untuk melihat bagaimana lagi rupa stretch marks ni, bakal-bakal ibu boleh google sahaja :-) Untuk mengurangkan kesan ini atau untuk mencegah adanya kesan ini, sy menggunakan 2 produk di bawah. Alhamdulillah setakat ini kesan itu dapat dikurangkan terutamanya di bahagian pangkal ari-ari. Seelok-eloknya sapu selepas mandi (waktu pagi) dan sebelum tidur. Buat sapuan menyeluruh dari peha hingga ke bawah dada termasuk bahagian belakang pinggang. Kesan ini juga dapat dikurangkan jika kita banyakkan minum air kosong :))


1. Palmer's Cocoa Butter Formula



2. Bio-Oil




Nurul Farhana


*aiyaya*

6 months preggy..aiyayaya~

Sekarang sudah masuk 7 bulan :)

Nurul Farhana