Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*pergi tak kembali..al-Fatihah*

Hari ni genap 1 minggu jenazah arwah abah (ayah mertua) telah selamat disemadikan. Terasa seperti baru je lagi jumpa abah. Arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 19 Julai 2010 jam 1.30 pagi di ICU Hospital Ampang. Sy pulang ke KL pada petang 16 Julai. Keesokannya (17 Julai) sy dan suami melawat abah di hospital. Pada ketika itu abah memang sudah beberapa hari tidak sedarkan diri berpunca daripada demam. Pun begitu, abah sebenarnya sudah lama menghidap kanser. Jadi, ketahanan diri abah memang agak lemah.


18 Julai, sekali lagi kami ke hospital sebab kali ni abah dimasukkan ke ICU. Dan sepatutnya petang 18 Julai itu juga sy harus balik ke Temerloh sebab esoknya sy harus bekerja. Tapi entah kenapa hati ini rasa malas dan berat sangat nak balik. Jadi, sy bagitau suami sy nak balik sebelum subuh esoknya (19 Julai).


Lebih kurang jam 1 pagi (19 Julai) adik ipar datang ke rumah meminta suami segera ke hospital kerana keadaan abah sudah agak kritikal. Sy dan suami bergegas ke Hospital Ampang. Namun semuanya sudah terlambat, abah telah pergi tak kembali :( Mak sangat tabah dan kuat menghadapi pemergian abah. Agaknya itu adalah petunjuk dari Allah agar sy tidak balik ke Temerloh pada petang itu supaya sy dapat berada di sisi suami ketika abah menghembuskan nafas yang terakhir.


19 Julai jenazah arwah abah telah selamat disemadikan di Cheras Baru.


Sy dan suami sangat terkilan sebab anak yang bakal sy lahirkan tidak berkesempatan untuk bertemu abah. Namun, itu semua adalah ketentuan Dia Yang Maha Esa. Sy berharap semoga dengan kehadiran anak kami nanti bakal memberi sinar baru buat keluarga suami terutama mak :)

♥ Mak & arwah abah ketika majlis pernikahan sy ♥






..al-Fatihah buat abah, semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama golongan yang soleh..

Nurul Farhana

*that day* - sireh junjung

♥ Dari pihak sy kepada dia ♥
Million thanks to Enchek (emak saudara sy) & Joen Hamzah (sepupu sy) kerana telah membantu sy merealisasikannya :)



♥ Dr pihak dia kepada sy ♥

Nurul Farhana


*mohon dipermudahkan*

Nenek dan emak saudara sy pesan hafal ayat ni. Katanya bila dah tiba waktu masuk labour room nanti, baca surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan surah Al-A'raf ayat 54 ni. Katanya untuk mempermudahkan kelahiran, supaya baby senang dan cepat-cepat nak keluar. Boleh mula menghafal dari sekarang :) Hafal dulu, kemudian bila dah sampai masa baru baca sebab dikhuatiri baby tak menyempat-nyempat nak keluar bila belum tiba waktunya *wink*


Nurul Farhana

*yuhhuuu*

Cuaca agak kurang menentu sekarang membuatkan virus batuk dan selsema telah memilih sy sebagai perumah :(


Hari ni sekali lagi sy ke klinik untuk menikmati air gula yang urmmmmmmm..sungguh enak itu T_T Untuk mendapatkan resultnya sy terpaksa menunggu selama 2 jam (8.00-10.00pagi). Dan dalam tempoh itu juga sy terpaksa menahan lapar sehinggalah nurse selesai mengerjakan kerjanya. Setelah selesai semuanya, sy berjumpa doktor disebabkan sudah hampir seminggu sy batuk dan selsema. Dan apa yang sungguh menyeronokkan, sy dapat mc yuhhhhuuuu! (walaupun 1 hari sy tetap berasa happy sebab sy ni jenis yang skema bab-bab cuti ni..maklumlah SAYA YANG MENURUT PERINTAH!)


Setelah selesai kesemuanya hampir jam 12.00tgh, sy singgah makan (breakfast merangkap lunch). Kemudian sy pulang ke rumah terus meneguk ubat batuk yang dibekalkan. Tanpa berlengah lagi..zzzzzzzzzzzzz.. *twinkle twinkle little star*

Nurul Farhana

*you're beautiful*



Selamat Pengantin Baru buat Yien :) Sorry sebab Nana grab pic ni dari FB Yien tanpa izin. Nana suka gambar ni sebab ia sangat chantikkk!!! ♥♥ Nana doakan Yien dan suami bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat :)

"There is only one happiness in life, to love and be loved.."


Nurul Farhana