Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*breastpump*

Hari ini sy sangat gembira sebab barang yang dibeli sudah sampai (senyum sampai ke telinga) =D Sy beli secara online di LittleWhiz : Medela Harmony Manual Breastpump. Hanya ini yang termampu. Owhh..sy tak mampu nak beli yang free style ke, electric ke, swing ke..agak mahal duh! Lagipun bila difikirkan, yang manual ni bole dibawa ke mana2 jua ;-) Sy beli sekali dengan bag. Jadi, senang nak angkut. Masa pregnant dulu memang berhajat nak beli awal. Tapi ramai yang suruh hold dulu sebab takut badan sy tak produce susu. Membazir je la kan beli then tak guna.


Sekarang, alhamdulillah badan sy menghasilkan susu yang agak banyak juga hingga tiap2 hari baju akan basah lenjun dek susu dan inilah salah satu sebab utama sy beli breastpump. Kadang2 bila bangun tidur sedar2 tilam dah dibasahi susu sebab sy suka tidur mengiring. Pernah suatu malam, baju Hasif basah lenjun. Sy ingatkan Hasif kencing sampai bocor, rupanya empangan susu sy memancut2 keluar tanpa sy sedar. Sebelum ni, abah ada belikan manual breastpump jenama Pureen. Agak lenguh juga tangan ni hendak mengepam dan susu juga mudah meleleh keluar. Maklumlah tradisional punya ;-)






Hasif pun sudah berusia 4 minggu dan insyaAllah sy akan cuba memenuhi keperluan dia walaupun sy bukan susukan Hasif secara ekslusif. Hasif juga minum susu formula. Namun, sy akan cuba sedaya upaya memberikan susu ibu yang terbaik untuknya :)


Ma saaaaaaaaaayang Hasif sangat2 sebab Ma yang susah payah melahirkan Hasif. Sakit itu hanya Ma yang rasa.

Nurul Farhana

*tidur siang*

Okay, berbalik kepada entry sebelum ni (tak sempat nak taip panjang2 sebab Hasif dah pun mula nak 'start engine')..Hasif agak susah atau kurang lena tidur di siang hari sekarang ni..paling lama pun 45 minit - 1 jam..itupun bernasib baik dan dengan syarat mesti ada seseorang di sisinya sebab dia bole hidu bau ada orang atau tak..


Awal2 dulu Hasif banyak tidur, tak kira la guruh kilat ribut dan taufan melanda sekalipun, matanya tetap tertutup rapat..betul2 lena..nak kejutkan untuk menyusu pun dia buat tak endah..dan malamnya pula Hasif akan berjaga sebab puas tidur siang.


Sekarang, tidur siang Hasif sudah tidak selena dan sepuas dulu. Hasif mudah terjaga. Baru 5 minit tidur, dia akan terjaga. Kadang2 sy ingatkan dia dah tidur lena, sy pun baru nak tinggalkan dia sekejap, dia dah pun terjaga. Bila sy temankan dia, punyalah lama nak tunggu dia lelapkan mata. Bila tak kena cara, dia akan menangis.


Namun begitu, nasib baik tidur malam Hasif sudah beransur okay dan sy tidak perlu berjaga terus-terusan. Sy hanya berjaga untuk menyusukan dia sahaja. Namun masih perlu bangun 3-4 kali juga :-) Hasif suka tidur mengiring ke kanan mengadap sy dan Hasif hanya akan tidur sekiranya sy ada bersamanya. Jadi, waktu malam memang tiada masalah sebab sy pun bole tidur sekali. Yang menjadi masalah adalah ketika waktu siang.


Bagaimana sy mahu pastikan Hasif benar2 lena tidur di siang hari? Hasif tidak boleh bergantung tidur malam semata2. Dia perlukan tidur siang juga :-)

Nurul Farhana

*tidurlah sayang*

Bagaimana nak buat baby tidur lena siang hari?

Nurul Farhana

*berdondang sayang*

Memang betul lah ada orang kata, kalau baby tak ganggu mak dia masa dalam kandungan, tunggu je lah masa dia lahir nanti..sudah tiada istilah lena diulit mimpi buat si mak tadi..huhu~


Masa sy mengandung dulu, tidur sy memang lena. Tiada masalah dan tiada gangguan. Nah! Sekarang tiada lagi tidur yang lena. Setiap malam adalah malam berdondang sayang bersama Hasif Fahimi. Owhh..zaman study dulu pun tak pernah stay up segigih sekarang.


Bermula lebih kurang jam 1.30 pagi hinggalah jam 4.00 atau jam 5.00 pagi dan paling bertuah hingga ke Subuh hari, sy harus melayan kemahuan dan perintah Hasif. Mujurlah kadang2 emak turut berjaga sama. Hasif akan meragam jika tidak kena cara menidurkannya. Sy juga harus pastikan Hasif betul2 lena baru sy boleh tidur..tapi biasanya sy memang tak boleh tidur sebab Hasif seolah2 dapat menghidu niat emaknya yang mahu tidur, maka dia akan merengek, meragam dan silap haribulan menangis semahu2nya..huhu~


Oh..Hasif..kita tunggu babah balik eh..kita ajak babah berjaga sama sambil tengok movie :-)


Nurul Farhana

*arjuna kecil*

Hasif Fahimi (16 hari)

"..kerna kamu adalah segala-galanya"

Nurul Farhana

*Salam Aidilfitri*

♥ 1 Syawal 1431H ♥

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Nurul Farhana

*saat itu*

Okay..sementara Hasif sedang lena diulit mimpi..ma mahu mengupdate blog sebentar :)

♥♥


Bagi setiap ibu atau emak, mama, mommy, umi pasti mengalami detik dan pengalaman yang berbeza untuk melahirkan zuriat mereka. Ada yang mudah dan ada juga yang agak sukar. Tapi, apa yang mampu sy katakan, sakitnya untuk melahirkan seorang anak amatlah tidak tergambar dengan kata-kata. Bagi sy ibarat mahu terputus pinggang dari badan.


Sy dijangka melahirkan Hasif pada 27 Ogos, namun Hasif sangatlah selesa berada di dalam kandungan sy hinggakan sy mengambil keputusan untuk di'induce' pada 30 Ogos. Sy gigih ke hospital bersama suami, emak dan abah sedangkan pada ketika itu sy masih belum mengalami sebarang kontraksi atau tanda-tanda mahu bersalin. Siap bawa kain baju segala bagai ke hospital mahu mendaftar diri. Apa yang berlaku? Sy telah dinasihatkan agar pulang ke rumah dahulu dan tunggu lagi 2-3 hari. Katanya sy tidak perlu di'induce' ini kerana kondisi sy dan baby sihat tiada sebarang masalah. Sy hanya perlu menunggu masa sahaja. Akhirnya, sy pulang ke rumah dalam keadaan yang agak hampa juga. Dalam masa yang sama hati sentiasa memohon agar Hasif segera mahu keluar dari 'dunia'nya.


:: 1 September ::


Selepas sahur, perut sy tiba-tiba sakit. Sakit seperti senggugut. Perut sy juga mula mengeras. Namun sy masih boleh bertahan. Sy masih boleh tidur. Kemudian, lebih kurang jam 9.30 pagi, sakit itu datang lagi. Sy membuat keputusan untuk ke hospital. Jam 11 pagi, kami ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Nurse mahu memeriksa 'jalan'. 'Jalan' telah terbuka seluas 3cm. Kemudian dipastikan pula oleh 2 orang doktor. Rasa mahu mengalir air mata. Namun, sy harus bertahan kerana ini baru fasa yang pertama.


Kemudian, sy ditahan di wad dan hanya perlu menunggu masa. Sepanjang hari suami menunggu di lobi hospital kerana dia hanya boleh naik ketika waktu melawat sahaja. Emak dan abah sudah pulang terlebih dahulu. Lebih kurang jam 4 petang, sy mengalami tanda-tanda mahu bersalin iaitu turun darah dan sangat kerap membuang air kecil, namun sy tidak mengalami sebarang sakit kontraksi lagi. Sy harus menunggu sehingga sakit kontraksi itu datang. Tunggu dan terus menunggu, hari sudah beransur malam. Suami juga masih setia menunggu di bawah. Akhirnya sy terlelap. Kemudiannya, sy terjaga jam 2.30 pagi kerana mahu membuang air lagi. Selesai membuang air, tiba-tiba sy rasakan perut sy sakit seakan mahu membuang air besar. Sy tidak boleh tidur lagi dan sy segera memberitahu nurse.


Dan..saat yang dinanti, saat itu telah tiba. Sy dibawa terus ke labour room pada jam 3 pagi. Doktor juga telah memecahkan air mentuban. Selang 15 minit, sy mengalami kontraksi buat pertama kalinya. Suami juga berada bersama sy menemani sy seadanya.


Sakit?

Ya!

Sangat sakit!

Suami berterusan memberi kata-kata semangat dan cuba menenangkan sy.


Kontraksi semakin kerap. Selang 1 minit. Sy sudah tidak mampu untuk menahan. Ibarat seperti mahu putus pinggang. Jam 4.15 pagi, fasa yang terakhir. Semua kelengkapan dan para jururawat telah bersedia. Seluruh kudrat sy kerahkan. Sakitnya tidak tergambar dengan kata-kata. Kekadang terasa seperti mahu berputus asa. Demi anak yang tersayang, sy teruskan usaha. Dan pada jam 4.47 pagi 2 September, lahirlah Hasif Fahimi bin Mohd Hafiz (3.31kg).


Hasif diletakkan di atas dada sy, namun terus terang sy katakan sy tidak mempunyai sebarang rasa pada ketika itu disebabkan kesan rasa sakit yang teramat sangat. Suami diarahkan keluar, kerana nurse mahu menjahit luka. Dan sekali lagi. Ya Allah! Sakitnya tidak dapat ditahan. Sakit dijahit lebih azab berbanding sakit bersalin. 40 minit sy menahan azab sakitnya dijahit. Sy juga tak henti-henti mengerang kesakitan sambil mulut menyebut "Ya Allah! Sakitnya"..


Setelah selesai kesemuanya, tekanan darah sy tiba-tiba naik mendadak akibat trauma. Nurse memberi sy minum. Rasanya seperti milo. BP sy diperiksa lagi. Masih tinggi. Akibatnya sy ditahan selama hampir 4 jam sebelum dihantar ke wad akibat trauma.


Ketika suami datang menjenguk barulah sy berasa sedikit tenang. Sy ditahan di wad selama 1 hari. Pada 3 September, sy dibenarkan pulang :)




Nurul Farhana

*our precious*

Alhamdulillah..akhirnya sy selamat melahirkan baby boy pada 2 September 2010 jam 4.47 pagi :)

♥ Hasif Fahimi b. Mohd Hafiz ♥

Nurul Farhana