Ads

Followers

Daisypath Anniversary tickers

My Precious

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

*6 days left*

Pejam celik pejam celik..tinggal 6 hari je lagi cuti sekolah..aiyyoo..time flies so fast + looking at Hasif made me realize that time really flies nowadays..dan dan dan bermula juga tugas sy di sekolah baru - SK Bandar Tasik Selatan on this January 3rd. Sangat belum bersedia bole tak? ..urghh..

*DIY*

Sementara Hasif sedang tidur, sempatlah sy meng'google' idea2 untuk majlis aqiqah & cukur jambul Hasif nanti. Dalam banyak2 yang sy jumpa, sy rasa yang ini agak simple dan mudah kalau rajin nak buat DIY :) Bole ubah mengikut kreativiti kita kan?

Dan sambil2 tu sy mencuba juga buat sendiri mengikut idea sy. Dah lama tak buat kerja2 macam ni. Otak pun dah berkarat. Haha! Dan inilah hasilnya.. Boleh terus print kemudian gunting. Atau boleh buat sendiri menggunakan kertas2 berwarna atau apa jua bahan. DIY :)

Gambaran contoh.


*ikhlas*

Sy ada terima emel bertanyakan kenapa tak boleh drop comment di blog sy. Bukan niat sy tidak mahu menerima comment secara rambang, tetapi sy hanya buka kepada orang2 tertentu sahaja. Sy lebih suka orang yang ikhlas memberi pandangan. Tujuan blog ini adalah untuk berkongsi pandangan, idea, komen, pendapat dan kata2 penambahbaikan. Bukan tujuan menjatuhkan. Kalau kita betul2 ikhlas untuk memberi komen, kita tidak akan menggunakan 'anon' sebagai pengganti diri kan? :)

*3 P*

Hmm..susu badan sy dah semakin berkurangan. Memang tak cukup untuk mengenyangkan Hasif yang dah semakin membesar. Bila pam pun tak sampai 4oz. Kesian plak kat Hasif banyak minum susu formula sampai abah dan suami pun dah tegur kenapa bagi Hasif minum susu formula. Mungkin sy tak segigih ibu-ibu yang lain yang menyusukan anak secara ekslusif. Sy akui itu. Jadi, sy mahu minta petua, pendapat dan pandangan para ibu yang lain bagaimana cara untuk memperbanyakkan kembali susu badan. Apa harus dimakan? Apa harus diminum?



*pilihan ibu-ibu*

Sy suka mencuba pelbagai jenis diapers untuk Hasif tak kira mahal atau murah baik Mamy Poko, Huggies, Pet Pet, Fitti, Drypers, Pampers, Hey Baby, Shee Shee..kebanyakannya sy dah cuba. Sy cuba cari Diapex tapi sampai sekarang tak dapat2 saiz S untuk Hasif. Setelah mencuba pelbagai jenis diapers, sy memilih Mamy Poko, Huggies dan Pet Pet :) Sy pakaikan Hasif Mamy Poko untuk malam, atau ketika perjalanan jauh, atau ketika sy bawa Hasif keluar berjalan2-shopping. Bukannya apa, Mamy Poko agak mahal jadi membazir je sy rasa untuk pakaikan Hasif pada waktu siang. Bila siang, sy pakaikan Hasif Huggies atau Pet Pet. Kadang2 sy pakaikan Hasif cloth diapers juga. Tapi bila Hasif pakai cloth diapers, rasa macam tak kena plak pakaikan Hasif seluar. Jadi, cloth diapers sy pakaikan bila di rumah sahaja :)


Sy suka Mamy Poko, Huggies dan Pet Pet sebab sy suka velcro tape nya. Yang lain2 sy kurang berkenan sebab mudah melekat pada kulit Hasif bila ditanggalkan. Ada plak jenis yang pelekatnya sangat kuat sampai sy kena guna losyen untuk tanggalkan bila dah melekat pada kulit Hasif. Sy juga mengambil kira potongan dan serapannya. Pilihan terletak di tangan kita sebagai ibu buat anak2 kan? :)

Hasif in cloth diaper


*daddy's boy*

2-3 hari kebelakangan ni, Hasif dah pandai berjaga dan tak nak tidur awal. Kalau dulu Hasif akan tidur paling lewat pun pukul 9 malam, sekarang pukul 11 pun belum tentu Hasif akan tidur. Nak kata siang dia banyak tidur tak juga. Tambah tolak jumlah dia tidur siang paling lama pun 3-4 jam (total).


Malam semalam Hasif menangis tak henti2. Menangis macam kena dera :-( Puncanya dia merajuk kot sebab babah dia keluar sekejap pergi beli gula. Masa babah balik dari kerja Hasif tertidur, bila Hasif bangun babah plak nak keluar. Apa lagi puas la sy pujuk dia. Bila Hasif menangis semua pun dia tak layan kecuali sy buat bunyi 'brrrrrrrr' dia akan diam. Diam gak la sekejap. Lepas tu sambung balik. Lebih kurang pukul 11 lebih sy mahu tidurkan dia, sekali lagi dia menangis semahu-mahunya. Nasib baik ada babah, babah pujuk Hasif. Babah layan Hasif main2 sekejap. Mulanya Hasif jual mahal, langsung tak nak pandang babah. Pujuk punya pujuk, Hasif pun okay :) Tapi itulah, bila Hasif dah okay senyum2, babah plak sibuk nak tengok tv. Layan Hasif sambil lewa. Hasif rasa terabai, dia pun menangis lagi :-( Dan kesudahannya, sy juga la yang cuba pujuk Hasif dan tidurkan dia. Ma sampai sakit tekak dodoikan Hasif supaya dia senyap dan tidur sebab suara Hasif lebih kuat dari ma.


Hasif seharian tak jumpa babah sebab babah kerja, jadi apa salahnya babah luangkan masa lebih sikit untuk Hasif bila babah balik kan? :)






(Gambar hiasan)


*after a year*

5 Disember 2009 - 5 Disember 2010

Entry kali ni sepatutnya sudah di'publish' lama. Tetapi disebabkan tiada internet connection, maka sy pun menyepi. Kalau kat rumah mak abah boleh online 24/7 sebab guna streamyx. Walaupun kadang2 tidak berkesempatan nak online tapi laptop still on. Sekarang sudah ada broadband sendiri ^_^ So, boleh la online masa Hasif tidur. Bukannya apa..bosan juga bila Hasif tidur, kerja rumah pun dah beres tapi tak tau nak buat apa kan?


Hm..sudah hampir sebulan sy menguruskan anak teruna sy Hasif Fahimi seorang diri tanpa bantuan mak lagi. Mula2 risau juga. Yelah kan bila dengan mak, kalau Hasif menangis mak boleh tolong tengok2kan. Tapi syukur sebab Hasif pun seolah-olah memahami bila tinggal berdua je dengan sy. Dia pun okay. Menangis tu menangis juga tapi biasanya Hasif akan menangis bila dia terlampau mengantuk tapi cara nak tidurkan dia tak kena, atau dia nak tidur tapi mungkin ada 'gangguan' lain yang kita tak nampak. Sebab lain setakat ni takde. Hasif pun alhamdulillah belum pernah demam atau kembung. Malam, tidurnya sangat lena. Cuma sy tetap akan bangun antara pukul 1 atau 3 pagi untuk susukan Hasif walaupun Hasif sedang tidur. Dan sekali lagi antara pukul 5 atau 6 pagi. Jika pukul 1 atau 3 sy bf Hasif, maka pukul 5 atau 6 sy akan buatkan susu formula. Bekalan susu sy tidak cukup untuk mengenyangkan Hasif.


Siangnya, Hasif akan bangun pukul 7 pagi waktu babah nak pergi kerja. Kemudian tidur semula dan bangun antara pukul 9 atau 10. Waktu mandi Hasif pula antara pukul 10 atau 11. Bergantung pukul berapa Hasif bangun. Lepas mandi Hasif wajib menyusu. Kemudian sy akan biarkan Hasif layan perasaan depan tv sementara sy breakfast atau buat mana2 kerja rumah yang patut. Lebih kurang pukul 12 tengah hari Hasif mula mengantuk dan tidur. Tempoh tidur Hasif tak tentu. Ada masanya setengah jam je, ada masanya 1 jam atau 2 jam. Bangun menyusu lagi. Layan Hasif borak2 sekejap. Hasif tengok tv lagi. Sy siapkan kerja rumah. Memasak pun ala kadar je. Dalam pukul 3 atau 4 petang, Hasif akan tidur lagi tapi tak lama. Pukul 5 dan ke atas Hasif mesti berjaga sebab tunggu babah balik. Bila babah balik Hasif mesti dah siap mandi. Bila babah cium Hasif mesti wangi :) Hasif akan teruja bila dengar suara babah. Giliran babah plak layan Hasif. Ma mahu rehat sekejap :p Dan malam, Hasif akan tidur antara pukul 9 atau 10 ke atas. Tapi sekarang Hasif sudah pandai berjaga dan tidur lewat.


Begitulah rutin Hasif Fahimi bila tinggal dengan sy :) Tak elok sangat kan biar anak tengok tv? Tapi nak buat macamana. Kalau tak, tak buat kerja rumah lah sy. Sy pun bukannya ada bibik nak tolong kemaskan rumah atau tolong masak..huhu~


5 Disember lepas, genap setahun sy bergelar isteri. Setahun kami bersama dan syukur kami juga punya anugerah yang tidak ternilai ini..Hasif Fahimi.

♥ Hasif Fahimi 3 bulan ♥

2 September - 2 Disember 2010




*aqiqah & cukur jambul*

Sudah agak lama tidak meng'update' blog huh! Kemahuan itu ada, namun kesempatan itu tiada. Sibuk menguruskan rumah tangga sejak cuti sekolah bermula. Jadi suri rumah tangga sepenuh masa gitu. Dan menjadi ibu sepenuh masa buat Hasif :) Masih banyak perkara yang perlu dipelajari sebab kadang2 sy terfikir sy masih belum cukup sempurna dan terbaik buat Hasif.


Okay, sy sedang berkira-kira mahu menyediakan persiapan untuk majlis cukur jambul Hasif. Abah bercadang mahu mengadakan sekali majlis cukur jambul Hasif Fahimi dan Ungku Yusra Insyirah bersama majlis perkahwinan sepupu sy Joen Hamzah & Farouq Zauji pada 22 23 Januari nanti. InsyaAllah..

♥♥

Idea : Takeaway box ( JajaKraf.com )



Idea : Polka Dot Box (Sumber : Google)


Idea : Its A Boy Its A Girl Favor Bag ( House of Favors )


Idea : Organza Favor Bag ( House of Favors )